Dianaz's Homepage
 

Journals

Sunday,Sep 25 2005, 01:53:42 PMAntara 9 mimpi Rasullah

antara 9 mimipi Baginda S.A.W


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan. ......."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di
datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg
amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah
disediakan azab kubur yang amat menyeksakan,
diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG
SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang
dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis
lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan
rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam
yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai
tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK
MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari
seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat
berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di
halang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa
puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati
kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia
akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB
DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil
kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di
dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya,
sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat
yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan
golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun
membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis
percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma
pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA
ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari
bahaya api tersebut.

SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH
PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sunday,Sep 25 2005, 01:52:01 PMwaktu2 yg boleh sembahyang

Waktu haram ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh
ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from
5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am

Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu
syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan
sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di
antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga
kerana ia menyamai org yang menyembah
matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul
7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang
subuh, kita harus melepasi waktu syuruk
itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari
berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri
tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki
kita.
Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan
syaitan berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum
waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga
waktu selepas azan
ie 20mins selepas azan. Pahala yang besar
diberikan pada orang-orang yang menghormati dan
tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak,
afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan
hingga 10.30mlm.

WALLAHUA'LAM.

Sudahkah anda menunaikan
SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah
pesanku biarpun satu
ayat..."