Journals
Thursday,Aug 31 2006, 02:37:50 PMPetikan dari Ustaz Akil Hayy
Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. Semoga segala
perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati
oleh Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,kita
lihat bangunan naik berti ngkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak
gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ket at.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata
tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia feno mena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan
maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
-Ustaz Akil Hayy
Thursday,Aug 31 2006, 06:15:57 AMAl Quran panduan Hidup
Manusia macam kita Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain
Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu
Jangan...
Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca
Kenapa tak baca?
Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas
2.
dapat surat dari pejabat tanah
dalam bahasa melayu
kamu boleh baca
dapat surat lawyer
dalam bahasa inggeris
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah
dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca
apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini
Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!
pas-pas ler kat kengkawan yang lain......sesama mengingati
walau sepatah kata.....
Sumbangan Dari Sahabatku.....

