Journals
Tuesday,Sep 12 2006, 01:45:43 PMPenerbangan PerCuma !!
Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia)
ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara
lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat
tentangnya tidak terdapat dalam sebarang
brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran
dan Al-Hadith.
1.penerbangan bukannya melalui Air Asia
atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg,
tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat,
atau tiada caj lebihan berat ianya atas
kesudianPencipta kita.
3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau
setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.
4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi
air mawar dan cendana.
5.pasport kita bukan Malaysia , British atau
American, tetapi Al-Islam.
6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi
'Lailaillah'.
7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi
Izrail dan lain-lain.
8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas
business atau ekonomi, tetapi sekadar kain
yang diwangikan.
9.destinasi mendarat bukannya KLIA,
Heathrow Airport atau Jeddah International,
tetapi tanah perkuburan.
10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-
cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam
gelap gelita.
11.pegawai imegresen bukanlah pihak
Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir.
Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke
destinasi yang diidamkan bukan Disneyland ,
Paris atau London tetapi samada Syurga atau
Neraka.
12. tidak perlu pegawai kastam dan alat
pengesan.
13. lapangan terbang transit adalah Al-
Barzakh.
14.destinasi terakhir samada Syurga yang
mengalir sungai di bawahnya atau Neraka
Jahannam.
15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..
Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda
tidak akan dihabiskan.
16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh
itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak
akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan
masalah alergi atau halal-haram makanan.
17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini
sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan
tiba tepat pada masanya.
18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam
penerbangan, anda telah hilang selera
bersuka-ria.
19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya
telah siap ditempah sejak anda disenyawakan
di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
10.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di
sebelah anda. Anda adalah satu-satunya
penumpang penerbangan ini Oleh itu
bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda
boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa
'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah
ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK
BERANGKAT???
Monday,Sep 4 2006, 08:01:53 AM$inar Cahaya Ayat Kursi
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal
seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."
Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk
Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk
Akhirat Mu"
-------------------------------------------------
>> Subhanallah...
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia
terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta
diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih
laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak
melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap
selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap
perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan
berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa
billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad
Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-
mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

