Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journal

Sunday,Jul 5 2009, 03:10:25 AMH1N1 .. working from home

Minggu ni, kami di kejutkan dengan satu berita yang kurang menyenangkan. Salah seorang rakan sekerja kami pulang ke pangkuan keluarganya minggu lepas mendapat panggilan telefon pada hari selasa baru ni dari ibu nya. Adik rakan kami yang baru pulang dari Australia pada hari yang sama beliau menziarah keluarga, sah positif H1N1. Maka beliau di letakkan di bawah kurantin selama seminggu.

Pada keesokkan hari nya iaitu hari rabu pagi.. kami mendapat arahan dari pejabat menyuruh sesiapa sahaja yang berada dalam bilik operasi project sehari suntuk pada hari isnin perlu dikurantin kerana bimbang penularan wabak tersebut. Kami yang baru tiba di pejabat hari itu, di arahkan pulang serta merta. Kronologi:

Sabtu + Ahad - Rakan pulang menziarahi keluarga dan adik baru pulang dari australia

Isnin - Rakan + kami yang bekerja dalam project yang sama berada di dalam bilik operasi untuk menyiapkan kerja

Selasa - Rakan mendapat panggilan telefon pada waktu tengahari yang adik beliau positif H1N1. Beliau di arah pulang serta merta dan menjalani kurantin sehingga hari Ahad hujung minggu ini.

Rabu - Semua pekerja yang berada di bilik operasi di arah pulang serta merta sebaik tiba di pejabat bagi menjalani kuarantin. Termasuklah aku. huhuhu. Kami di arah bekerja dari rumah.

Nasibla ada VPN. Boleh buat kerja dari rumah. Cumanya aku tak rasa productive langsung kerja dari rumah ni.. banyak melepak, tengok kartun.. tido la.. time opis hour.. :p. Hari ni merupakan hari terakhir kurantin dan setakat ini, tiada yang menunjukkan sebarang sympton terkena wabak penyakit ini termasuklah rakan kami tadi. Tidak di nafikan terdapat perasaan takut terkena wabak berbahaya ini walaupun aku dikira second level person. 1st level person ialah orang yang mempunyai contact secara langsung dengan pesakit iaitu rakan kami tadi.

Ada sesuatu yang mengejutkan aku tentang sistem kurantin ni sebenarnya, orang yang 1st level walaupun di kira direct dengan pesakit tetapi tidak langsung di arahkan untuk membuat pemeriksaan darah. Cuma bergantung pada suhu badan semata-mata. Asal tak demam katanya. Boleh ker camtu? Dah tu, beliau diberikan pil-pil untuk megelakkan selsema. Bagaimana jika beliau mempunyai virus tersebut dan sembuh kerana memakan pil-pil tu tanpa sedar? sedangkan kami yang 2nd level ni sudah pun di jangkiti terlebih awal? itu la dia.. Malaysia boleh.. Itu kami yang telah pun tahu bahawa kami terdedah dengan beliau. Bagaimana orang-orang di luar sana yang kalau kita berjalan di khalayak ramai dan kita tak tahu pun siapa yang berada di kiri, kanan, belakang dan depan kita? Mungkin mereka baru pulang dari luar negara dan positif h1n1, mana kita tahu.

Rasa dah cukup kut bebelan aku. Mengikut kata doktor, h1n1 ini sebenarnya adalah selsema yang kuat sedikit dari selsema biasa dan ia boleh sembuh. Cara jangkitanya pun sama iaitu terkena bersin/batuk. Cuma ia akan jadi berbahaya sekiranya kita punya immune system lemah. Lagi satu.. jika kita terpegang virus tersebut di tempat-tempat awam, kita perlu basuh tangan dengan sabun bersih-bersih. Ia tidak boleh masuk ikut tangan tetapi melalui mulut/hidung dan mata. So.. before you touch any part of your face. Wash your hands ya.. that is one the tips. Thinking of wearing mask and gloves.. huhuhu..

Today is my last day of kurantine. Poor car.. i bet he miss me cause i miss him too.. :)

 

Guestbook

Post Comment
Subject:
Body: