Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journal

Friday,Aug 21 2009, 11:21:36 PMSelamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wahai sahabat sekalian..

Sekali lagi kita bertemu dalam bulan yang penuh keberkatan dan dirahmati olehNya. Kat sini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kat korang semua dan mintak ampun salah silap atau terkasar bahasa. Lama benar rasanya sejak kali terakhir aku menuliskan apa-apa dalam page ni. Mari lah mendengar luahan hatiku yang tension ini.. rasa tak bleh nak bernafas sekarang ni..

Kebelakangan ni kerja aku terlalu banyak.. sampai tak tau la nak kate.. tido malam pun kekadang miss. Ada masa-masa aku terpikir gaks.. ini kah kehidupan yang aku inginkan.. hmm.. tapi aku rasa kerja-kerja ni telah banyak mengaktifkan sel-sel otak aku.. Kalau tak di pakai.. duk umah jer.. surely berkarat. Weekend ni.. dapatla aku rehat sket. Nak kata rehat tu.. tak rehat jugak la.. sebab kerja tengah banyak gilos.. dateline project dah dekat. So.. I'll be working from home day n nite.. Nasib ler leh claim OT.. kalau tak, mau aku buat kerja sambil menitik-nitik airmata.

Semalam.. aku ingat nak siapkan satu kerja ni, tido awal la.. dalam kul 9 mlm, budget nak bangun kul 3 pagi.. pergh.. tetido sampai esok pagi tu.. letaih gaknya.. 2 malam dah.. aku tido tak betul. Mungkin jugak gembira sebab dapat menyelesaikan satu masalah yang agak rumit pada hari sebelumnya.. so.. dapat la tido dgn nyenyak. Tapi.. pagi-pagi lagi.. senior dah datang kat cube tanya " Noraini.. have you release your database" aku senyap jer.. pasal tertido la kan.. hahha.. tak bleh buat pe.. aku mintak le tangguh.. tgh hari camtu..  baru la dapat siapkan.. Aku.. kalau sibuk.. mmg ler sibuk giler.. sampai tak menang tangan.. Bile lepak.. bleh lepak la giler2..

Anyway, enough of that.. aku sangat letih bercampur gembira kerana telah berjaya mensolvekan satu masalah yang aku kira susah giler.. bagi kat bos pun.. diorang pening pikir.. hehehehe.. bos kat sini semua hebat-hebat.. kalau aku tak dapat settlekan.. biasa aku tanya diorang jerk.

Bulan puasa kali ni.. aku sangat gembira.. kerana aku dapay pergi ke surau untuk solat berjemaah. Terasa happy giler la mengadapNya beramai-ramai berjemaah. Thanks Allah kerana bantu aku solve banyak menda dan kerana masalah yang telah selesai itu, maka aku dapat bersama jemaah yang lain untuk menghadapkan diri kepada Mu. Sayang Kamu.. :) Masa jemaah semalam, aku senyum jer sensorang.. aku budget.. mesti orang pikir aku ni tak betul. Tapi lantak la.. Aku rindu betul berjemaah untuk menghadapMu. Happy sangat datang bulan puasa ni. Terima kasih sekali lagi Tuhan ku kerana membenarkan aku berjumpa bulan ramadhan kali ini.

p/s: kekadang aku rasa sangat pelik tentang perangai seseorang yang ingat bahawa hidup ini masih lagi 10 tahun yang lalu. Walhal masa dah lama berlalu, manusia berubah and people move on. Don't expect people to stop living their life and turn back again to 10 years ago. Dun worry, I already forgive you and I have move on. Please understand that I have my own life now.

Guestbook

Post Comment
Subject:
Body: