Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journal

Saturday,Oct 3 2009, 04:00:49 AMSelamat Hari Raya

Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam.. semoga kalian berbahagia di bulan syawal yang mulia ini.

Syawal ni aku beraya kat KL pada hari raya pertama dan pulang ke kampung ibuku di Pahang pada raya kedua untuk menyambung beraya di sana. Sehari sebelum raya sibuk pergi bershopping. Masa ini terasa sangat pemergian ibunda tercinta. Biasanya dia la yang akan plan untuk masakan Raya dan menyediakan juadah di pagi syawal dan menyediakan baju-baju raya family. Sedih bile pikir sebab bile dia dah tak de ni barula aku rasa, banyak jugak menda yang dia handle, bukan le aku tak pernah tolong dia. Cumanya kita tak penah handle sendiri the whole raya event. Sampai nak mask rendang pun.. hampeh aku tak reti. Masa dekat nak raya hari tu aku panic gak campur sedih.. Apala nak jadi ngan raya kitaorang. 

Aku ada le beli oven hari tu, sempat le buat sejenis kuih raya then aku beli satu jenis. Aku tabahkan hati dan need to step up to take responsibilities. First of all memastikan adik-adik ku pergi shopping beli baju raya depa. Memandangkan jauh, aku hulurkan fulus n pesan adik lelaki ku yang berusia 23 tahun tu membawa adik-adik nya membeli baju raya. Then Adik aku ada gak la tolong beli kuih raya sikit.

Aku balik KL, ayah aku beli 3 ekor ayam suh buat rendang. Aku tak tahu wei camne nak buat. Dah le aku ni satu-satu perempuan yg belum married lagi dalam umah tu. Being the only girl, kena take over mums work. So, aku terpaksa la mengimport kakak aku utk pulang ke rumah ayanda masak rendang. Malam raya aku baru terhegeh-hegeh beli barang buat rendang. Pulak tu terlupa nak beli nasi himpit. Terpaksa plak buat nasi impit tradisi dengan masak nasi dan lebih kan air. Then penyek-penyekkan sendiri. Tapi aku pikir gak, takkan rendang jer kut.. dah le nak beraya kat KL sehari. Mana la tau kut ada orang mai. Aku pun beli sekali bahan untuk menyediakan masakan yang paling aku reti buat iaitu Mee Kari Udang. Aku buat 2 bungkus mee kuning dan seperiuk kuah jer. Sehari jer kan.

Barang-barang rendang kuhantar pada kakak ku. Aku balik shopping letih seh. Maklum la, balik dari penang lagik kan.. then hari tu shopping plak dah malam raya lepas buka posa terus tidur jer. Pagi raya agak kelam kabut sket, adik aku so happen beli baju melayu tapi lupe beli butang baju melayu.. terpaksa la korek-korek laci cari spare. Biasanya ibunda akn beli sekotak butang baju melayu untuk spare pagi raya pasal nye walaupun tiap kali beli baju melayu akan beli sekali ngan butang, tapi adik-adik aku ni.. makan gaknye.. selalu sgt hilang.

Pagi raya ni, aku tak dapat nak ke surau utk solat raya. Menyediakan mee kari dan kuih-kuih raya di rumah. Sekembalinya adik-adik ku dari surau, kami makan dan bergerak menziarahi pusara ibunda. Sebaik shaja melangkah ke tapak perkuburan islam taman ibukota, hati ku merasa sangat sebak. Tuhan saja yang tahu. Sentapan dalam hati ni masih lagi ada dan segar setiap kali aku ke situ. Sampai di pusara ibunda, tak dapat rasanya aku menahan kesedihan dan mengalir juga airmataku. Ku harap agar ibunda berada di dalam sejahtera dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Raya kedua, pabila sampai je di kampung, mak cik ku terus memeluk aku sambil menangis. " Mak ngah minta maaf tak tengok korang bulan puasa ni. Mak ngah tak sampai hati sebab mak ngah sedih korang dah tak de mak" Aku pun apa lagi.. banjir gak kat situ.. Habis cuti raya, aku terus pi kerja dan aku bersyukur.. dengan kesibukkan aku ni.. dapatlah aku melupakan segala kekesalan dan kesedihan menyambut Syawal tanpa ibunda di sisi.

Kepada meraka yang masih mempunyai ibu di muka bumi ini. Hargailah mereka dan cherish them to the fullest because you never know when they will be taken away from you. Masa tu la korang akan rasa betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.

Guestbook

Post Comment
Subject:
Body: