Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journal

Saturday,Oct 31 2009, 07:02:55 AMLife in in a fast pace

Kita hidup kat dunia yang serba moden ni, adalah dalam keadaan serba nak cepat. Semuanya moden. segera and teknologi berkembang dengan begitu pantas untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Dulu aku selalu berpikir, macam mana la company-company ni survive dan sentiasa ke depan dan cuba mendahului pesaing mereka. 

Bile aku dah berada di dalam alam pekerjaan.. (cewah.. macam baru mula kerja plak.. ahahaha) aku tahu la kenapa dan macam mana susah nya syarikat ini bekerja demi untuk mendahului pesaing mereka. Aku tido pun kadang tak cukup, lagi la kalau nak dekat dateline. Rasa macam nak pengsan dan kadang-kadang tu rasa macam nak menangis pun ada. Tapi seronok jugak bile tengok hasilnya berada di pasaran. Segala penat lelah kekadang hilang setelah melihat ia berada di setiap rumah dan meliputi dunia. Puas jugak.. tapi ye la.. nak mencapai kepuasan itu memerlukan usaha yang berlipat ganda dan mengorbankan masa peribadi. Semenjak kebelakangan ni aku terpikir gak, ini kah life yang aku mahukan? 

Tapi kan, pada aku.. dari pada aku makan gaji buta dan duk melepak macam sesetengah orang yang bernaung bawah goment or half-goment better la I make something out of mylife. At least when people ask me, what did you contribute to the people out there? I can proudly said.. latest technology :) not la wasting money. But this won't be long, after few project.. I can see myself searching for more relax job so I can enjoy mylife after all the hardship. Anyway, enough about the work related things.. Lets talk about other staff..

I still onto my first ambition.. to be someone who can teach the next generations.. Call it LAME or something. I dun care. I like teaching people in a classroom. Eventhough I know that I can't take it when the person cannot understand what I teach. I will get very frustrated and give up.. hahhaa.. Can I be a gud teacher than.. hehhee.. I also dunno..

 Anyway, for people who understand my teaching will always come back to me and said that I am the only person that he/she can understand. Masuk bakul angkat sendiri.. hehehe.. Tapi pada orang yang susah nak paham, mereka akan takut sebab aku memang geram giler kalau aku ngajor tapi diorang tak paham2. Pada orang yang penah deal ngan aku.. tahu la kut.. My ex-boss dulu pun kalau tak paham apa yang member2 aku sampai kan dalam presentation, selalu refer kat aku dan tanya.. " Noraini, can you explain to me.. I dun get what he means" I use to do those kinda translations in a more understand normal language instead of engineering. Tapi bile aku sendiri tak paham, bos aku akan cakap.. " even Noraini can't understand you, how can anyone else" hahaha.. masuk bakul lagi.So, for people in my new company, I kinda use to interrupt meeting and answer question, its hard to stop even I know this is a totally different company. I am trying to stop myself.. believe me..and I am still trying

Korang telan je la yek.. pasal nya aku tengah tension ni.. dekat sebulan kerja tanpa henti masuk sabtu ahad.. kena la naikkan semangat sendiri..

Anyway, manusia itu serba kekurangan.. aku perasan yg aku ni kadang emo dan adalakanya berputus asa. Sebenarnya, kalau nak difikirkan tak de apa yang mustahil, kalau kita bertenang dan berusaha dalam menyelesaikan sesuatu masalah pasti akan memperoleh kejayaan. Patah semangat dan panik akan memusnahkan segala-gala usaha yang kita lakukan untuk mencapainya. Apalah salahnya dengan menaikkan semangat sendiri dan berusaha. Bagi aku, tiada apa yang mustahil kalau kita kuat berusaha. Kekadang aku pikir gak, menda ni mustahil boleh siap, tapi aku ketepikan pikiran negetif tu. Cuba, sempat or tak sempat belakang kira. Andai kata berjaya, kita puas hati. Kalau tak berjaya, sekurang-kurangnya.. kita dah cuba.. cuba yang terbaik.. betul tak? 

 

 

B positive.. always.. :)

Guestbook

Post Comment
Subject:
Body: