Journals
Wednesday,Nov 11 2009, 04:47:12 AMCerita Nasihat
Lama benar rasanya aku asik cerita pasal kerja n kehidupan ku.. mesti korang bohsan kan? hahaha.. meh.. aku nak syer cerita motivation plak.. lama tak syer menda-menda ni.. baca la.. kalau korang dah penah baca pun.. buat re-fresh balik orang kata.. aku pun kekadang marah-marah gak.. sesuai untuk ingat kan diri sendir.. opismate aku kata.. aku ni garang.. hahaha.. sape suh kaco time aku bz.. :p
Ada seorang pemuda yang sangat
pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu
masalahkecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya
dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya
pemuda."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan
rumah kitaini,bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari
yang pertama sahaja, pemuda itu telah memakusebanyak 37 batang paku
pada tembok batutersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia
dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga
berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya
dari memukulpaku menembusitembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah
pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,walau sekali
pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan
gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu,pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari
berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua
paku-pakutersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanyadengan bangganya.BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke
tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku,
tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut,tembok itu
tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau
menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan
meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti ini. Kau boleh menikam
seseorang dengan pisau danmembunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak
kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesalatas perbuatam mu,namun
lukanya masih tetap ada.Suka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka
membuatkan kamu ketawa danmenggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga
adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membukahatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hatimu....
Nice isn't it?
Sunday,Nov 8 2009, 11:03:08 AMFree like a bird
This week rasa macam panjang giler masanya. Aku rasa macam seminggu dah aku bercuti walaupun cuma dua hari. Mungkin sebab selama ni.. kalau time weekend, walaupun jasad ada kat umah.. kena bekerja jer.. bile project abis ni.. lega rasa. Walaupun kini terasa jugak kosong.. Missing some part of my life.. hahhaa.. Bile dalam keadaan camni.. barula aku pikir.. macam mana la aku boleh buang masa kat opis zaman2 dulu.. Sekarang ni.. kalau tak de kerja, mati kutu tension giler pasal tak tau nak buat per.. hehehe.. lagi menambahkan tension, jiran aku ni duk ...
Read More...
Saturday,Oct 31 2009, 07:02:55 AMLife in in a fast pace
Kita hidup kat dunia yang serba moden ni, adalah dalam keadaan serba nak cepat. Semuanya moden. segera and teknologi berkembang dengan begitu pantas untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Dulu aku selalu berpikir, macam mana la company-company ni survive dan sentiasa ke depan dan cuba mendahului pesaing mereka.
Bile aku dah berada di dalam alam pekerjaan.. (cewah.. macam baru mula kerja plak.. ahahaha) aku tahu la kenapa dan macam mana susah nya syarikat ini bekerja demi untuk mendahului pesaing mereka. Aku tido pun kadang tak cukup, lagi la ...
Read More...
Saturday,Oct 3 2009, 04:00:49 AMSelamat Hari Raya
Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam.. semoga kalian berbahagia di bulan syawal yang mulia ini.
Syawal ni aku beraya kat KL pada hari raya pertama dan pulang ke kampung ibuku di Pahang pada raya kedua untuk menyambung beraya di sana. Sehari sebelum raya sibuk pergi bershopping. Masa ini terasa sangat pemergian ibunda tercinta. Biasanya dia la yang akan plan untuk masakan Raya dan menyediakan juadah di pagi syawal dan menyediakan baju-baju raya family. Sedih bile pikir sebab bile dia dah tak de ni barula aku rasa, banyak jugak menda yang ...
Read More...
Friday,Aug 21 2009, 11:21:36 PMSelamat Menyambut Bulan Ramadhan
Assalamualaikum wahai sahabat sekalian..
Sekali lagi kita bertemu dalam bulan yang penuh keberkatan dan dirahmati olehNya. Kat sini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kat korang semua dan mintak ampun salah silap atau terkasar bahasa. Lama benar rasanya sejak kali terakhir aku menuliskan apa-apa dalam page ni. Mari lah mendengar luahan hatiku yang tension ini.. rasa tak bleh nak bernafas sekarang ni..
Kebelakangan ni kerja aku terlalu banyak.. sampai tak tau la nak kate.. tido malam pun kekadang miss. Ada masa-masa aku terpikir gaks.. ini kah ...
Read More...

