Journals
Sunday,Nov 8 2009, 11:03:08 AMFree like a bird
This week rasa macam panjang giler masanya. Aku rasa macam seminggu dah aku bercuti walaupun cuma dua hari. Mungkin sebab selama ni.. kalau time weekend, walaupun jasad ada kat umah.. kena bekerja jer.. bile project abis ni.. lega rasa. Walaupun kini terasa jugak kosong.. Missing some part of my life.. hahhaa.. Bile dalam keadaan camni.. barula aku pikir.. macam mana la aku boleh buang masa kat opis zaman2 dulu.. Sekarang ni.. kalau tak de kerja, mati kutu tension giler pasal tak tau nak buat per.. hehehe.. lagi menambahkan tension, jiran aku ni duk menyanyi karaoke.. bising nak mampus.. hampir setiap malam.. tak sakit ker tekak dia.. aku pun tak paham..
Bos yang hire n interview aku dulu, akan meninggalkan group aku tak lama lagi. Sedih gak pasal dia selalunya menceriakan bilik meeting setiap kali dia masuk. Kadang-kadang melontarkan idea yang kitaorang semua tak terpikir. Dia tinggalkan group aku pun pasal dapat promotion. Anyway, will still see him around just that not in our meeting room. He will be in the bosses project meeting as the leader there. So happy for him.
Malam ni hujan, sejuk. Dah 2-3 hari penang ni hujan waktu malam..sejuk betul.. nasib ler opis flexible. Esok mesti ramai orang mai lewat. Selalu kalau hari isnin, pukul 9 pun masih ada parking kosong.. hehehe.. Biasala.. Monday blues.. aku pun sama la.. hahhaa.. tapi walaupun lewat .. semestinya b4 kul 9, aku dah ada kat opis walau aku dah penah mai kul 8 tepat :p
Anyway.. have a gud rest everyone. Tommorow we need to work. Have a happy day.. always :)
Saturday,Oct 31 2009, 07:02:55 AMLife in in a fast pace
Kita hidup kat dunia yang serba moden ni, adalah dalam keadaan serba nak cepat. Semuanya moden. segera and teknologi berkembang dengan begitu pantas untuk membantu kita dalam kehidupan seharian. Dulu aku selalu berpikir, macam mana la company-company ni survive dan sentiasa ke depan dan cuba mendahului pesaing mereka.
Bile aku dah berada di dalam alam pekerjaan.. (cewah.. macam baru mula kerja plak.. ahahaha) aku tahu la kenapa dan macam mana susah nya syarikat ini bekerja demi untuk mendahului pesaing mereka. Aku tido pun kadang tak cukup, lagi la kalau nak dekat dateline. Rasa macam nak pengsan dan kadang-kadang tu rasa macam nak menangis pun ada. Tapi seronok jugak bile tengok hasilnya berada di pasaran. Segala penat lelah kekadang hilang setelah melihat ia berada di setiap rumah dan meliputi dunia. Puas jugak.. tapi ye la.. nak mencapai kepuasan itu memerlukan usaha yang berlipat ganda dan mengorbankan masa peribadi. Semenjak kebelakangan ni aku terpikir gak, ini kah life yang aku mahukan?
Tapi kan, pada aku.. dari pada aku makan gaji buta dan duk melepak macam sesetengah orang yang bernaung bawah goment or half-goment better la I make something out of mylife. At least when people ask me, what did you contribute to the people out there? I can proudly said.. latest technology :) not la wasting money. But this won't be long, after few project.. I can see myself searching for more relax job so I can enjoy mylife after all the hardship. Anyway, enough about the work related things.. Lets talk about other staff..
I still onto my first ambition.. to be someone who can teach the next generations.. Call it LAME or something. I dun care. I like teaching people in a classroom. Eventhough I know that I can't take it when the person cannot understand what I teach. I will get very frustrated and give up.. hahhaa.. Can I be a gud teacher than.. hehhee.. I also dunno..
Anyway, for people who understand my teaching will always come back to me and said that I am the only person that he/she can understand. Masuk bakul angkat sendiri.. hehehe.. Tapi pada orang yang susah nak paham, mereka akan takut sebab aku memang geram giler kalau aku ngajor tapi diorang tak paham2. Pada orang yang penah deal ngan aku.. tahu la kut.. My ex-boss dulu pun kalau tak paham apa yang member2 aku sampai kan dalam presentation, selalu refer kat aku dan tanya.. " Noraini, can you explain to me.. I dun get what he means" I use to do those kinda translations in a more understand normal language instead of engineering. Tapi bile aku sendiri tak paham, bos aku akan cakap.. " even Noraini can't understand you, how can anyone else" hahaha.. masuk bakul lagi.So, for people in my new company, I kinda use to interrupt meeting and answer question, its hard to stop even I know this is a totally different company. I am trying to stop myself.. believe me..and I am still trying
Korang telan je la yek.. pasal nya aku tengah tension ni.. dekat sebulan kerja tanpa henti masuk sabtu ahad.. kena la naikkan semangat sendiri..
Anyway, manusia itu serba kekurangan.. aku perasan yg aku ni kadang emo dan adalakanya berputus asa. Sebenarnya, kalau nak difikirkan tak de apa yang mustahil, kalau kita bertenang dan berusaha dalam menyelesaikan sesuatu masalah pasti akan memperoleh kejayaan. Patah semangat dan panik akan memusnahkan segala-gala usaha yang kita lakukan untuk mencapainya. Apalah salahnya dengan menaikkan semangat sendiri dan berusaha. Bagi aku, tiada apa yang mustahil kalau kita kuat berusaha. Kekadang aku pikir gak, menda ni mustahil boleh siap, tapi aku ketepikan pikiran negetif tu. Cuba, sempat or tak sempat belakang kira. Andai kata berjaya, kita puas hati. Kalau tak berjaya, sekurang-kurangnya.. kita dah cuba.. cuba yang terbaik.. betul tak?
B positive.. always.. :)
Saturday,Oct 3 2009, 04:00:49 AMSelamat Hari Raya
Assalamualaikum kepada mereka yang beragama Islam.. semoga kalian berbahagia di bulan syawal yang mulia ini.
Syawal ni aku beraya kat KL pada hari raya pertama dan pulang ke kampung ibuku di Pahang pada raya kedua untuk menyambung beraya di sana. Sehari sebelum raya sibuk pergi bershopping. Masa ini terasa sangat pemergian ibunda tercinta. Biasanya dia la yang akan plan untuk masakan Raya dan menyediakan juadah di pagi syawal dan menyediakan baju-baju raya family. Sedih bile pikir sebab bile dia dah tak de ni barula aku rasa, banyak jugak menda yang dia handle, bukan le aku tak pernah tolong dia. Cumanya kita tak penah handle sendiri the whole raya event. Sampai nak mask rendang pun.. hampeh aku tak reti. Masa dekat nak raya hari tu aku panic gak campur sedih.. Apala nak jadi ngan raya kitaorang.
Aku ada le beli oven hari tu, sempat le buat sejenis kuih raya then aku beli satu jenis. Aku tabahkan hati dan need to step up to take responsibilities. First of all memastikan adik-adik ku pergi shopping beli baju raya depa. Memandangkan jauh, aku hulurkan fulus n pesan adik lelaki ku yang berusia 23 tahun tu membawa adik-adik nya membeli baju raya. Then Adik aku ada gak la tolong beli kuih raya sikit.
Aku balik KL, ayah aku beli 3 ekor ayam suh buat rendang. Aku tak tahu wei camne nak buat. Dah le aku ni satu-satu perempuan yg belum married lagi dalam umah tu. Being the only girl, kena take over mums work. So, aku terpaksa la mengimport kakak aku utk pulang ke rumah ayanda masak rendang. Malam raya aku baru terhegeh-hegeh beli barang buat rendang. Pulak tu terlupa nak beli nasi himpit. Terpaksa plak buat nasi impit tradisi dengan masak nasi dan lebih kan air. Then penyek-penyekkan sendiri. Tapi aku pikir gak, takkan rendang jer kut.. dah le nak beraya kat KL sehari. Mana la tau kut ada orang mai. Aku pun beli sekali bahan untuk menyediakan masakan yang paling aku reti buat iaitu Mee Kari Udang. Aku buat 2 bungkus mee kuning dan seperiuk kuah jer. Sehari jer kan.
Barang-barang rendang kuhantar pada kakak ku. Aku balik shopping letih seh. Maklum la, balik dari penang lagik kan.. then hari tu shopping plak dah malam raya lepas buka posa terus tidur jer. Pagi raya agak kelam kabut sket, adik aku so happen beli baju melayu tapi lupe beli butang baju melayu.. terpaksa la korek-korek laci cari spare. Biasanya ibunda akn beli sekotak butang baju melayu untuk spare pagi raya pasal nye walaupun tiap kali beli baju melayu akan beli sekali ngan butang, tapi adik-adik aku ni.. makan gaknye.. selalu sgt hilang.
Pagi raya ni, aku tak dapat nak ke surau utk solat raya. Menyediakan mee kari dan kuih-kuih raya di rumah. Sekembalinya adik-adik ku dari surau, kami makan dan bergerak menziarahi pusara ibunda. Sebaik shaja melangkah ke tapak perkuburan islam taman ibukota, hati ku merasa sangat sebak. Tuhan saja yang tahu. Sentapan dalam hati ni masih lagi ada dan segar setiap kali aku ke situ. Sampai di pusara ibunda, tak dapat rasanya aku menahan kesedihan dan mengalir juga airmataku. Ku harap agar ibunda berada di dalam sejahtera dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Raya kedua, pabila sampai je di kampung, mak cik ku terus memeluk aku sambil menangis. " Mak ngah minta maaf tak tengok korang bulan puasa ni. Mak ngah tak sampai hati sebab mak ngah sedih korang dah tak de mak" Aku pun apa lagi.. banjir gak kat situ.. Habis cuti raya, aku terus pi kerja dan aku bersyukur.. dengan kesibukkan aku ni.. dapatlah aku melupakan segala kekesalan dan kesedihan menyambut Syawal tanpa ibunda di sisi.
Kepada meraka yang masih mempunyai ibu di muka bumi ini. Hargailah mereka dan cherish them to the fullest because you never know when they will be taken away from you. Masa tu la korang akan rasa betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.
Friday,Aug 21 2009, 11:21:36 PMSelamat Menyambut Bulan Ramadhan
Assalamualaikum wahai sahabat sekalian..
Sekali lagi kita bertemu dalam bulan yang penuh keberkatan dan dirahmati olehNya. Kat sini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kat korang semua dan mintak ampun salah silap atau terkasar bahasa. Lama benar rasanya sejak kali terakhir aku menuliskan apa-apa dalam page ni. Mari lah mendengar luahan hatiku yang tension ini.. rasa tak bleh nak bernafas sekarang ni..
Kebelakangan ni kerja aku terlalu banyak.. sampai tak tau la nak kate.. tido malam pun kekadang miss. Ada masa-masa aku terpikir gaks.. ini kah kehidupan yang aku inginkan.. hmm.. tapi aku rasa kerja-kerja ni telah banyak mengaktifkan sel-sel otak aku.. Kalau tak di pakai.. duk umah jer.. surely berkarat. Weekend ni.. dapatla aku rehat sket. Nak kata rehat tu.. tak rehat jugak la.. sebab kerja tengah banyak gilos.. dateline project dah dekat. So.. I'll be working from home day n nite.. Nasib ler leh claim OT.. kalau tak, mau aku buat kerja sambil menitik-nitik airmata.
Semalam.. aku ingat nak siapkan satu kerja ni, tido awal la.. dalam kul 9 mlm, budget nak bangun kul 3 pagi.. pergh.. tetido sampai esok pagi tu.. letaih gaknya.. 2 malam dah.. aku tido tak betul. Mungkin jugak gembira sebab dapat menyelesaikan satu masalah yang agak rumit pada hari sebelumnya.. so.. dapat la tido dgn nyenyak. Tapi.. pagi-pagi lagi.. senior dah datang kat cube tanya " Noraini.. have you release your database" aku senyap jer.. pasal tertido la kan.. hahha.. tak bleh buat pe.. aku mintak le tangguh.. tgh hari camtu.. baru la dapat siapkan.. Aku.. kalau sibuk.. mmg ler sibuk giler.. sampai tak menang tangan.. Bile lepak.. bleh lepak la giler2..
Anyway, enough of that.. aku sangat letih bercampur gembira kerana telah berjaya mensolvekan satu masalah yang aku kira susah giler.. bagi kat bos pun.. diorang pening pikir.. hehehehe.. bos kat sini semua hebat-hebat.. kalau aku tak dapat settlekan.. biasa aku tanya diorang jerk.
Bulan puasa kali ni.. aku sangat gembira.. kerana aku dapay pergi ke surau untuk solat berjemaah. Terasa happy giler la mengadapNya beramai-ramai berjemaah. Thanks Allah kerana bantu aku solve banyak menda dan kerana masalah yang telah selesai itu, maka aku dapat bersama jemaah yang lain untuk menghadapkan diri kepada Mu. Sayang Kamu.. :) Masa jemaah semalam, aku senyum jer sensorang.. aku budget.. mesti orang pikir aku ni tak betul. Tapi lantak la.. Aku rindu betul berjemaah untuk menghadapMu. Happy sangat datang bulan puasa ni. Terima kasih sekali lagi Tuhan ku kerana membenarkan aku berjumpa bulan ramadhan kali ini.
p/s: kekadang aku rasa sangat pelik tentang perangai seseorang yang ingat bahawa hidup ini masih lagi 10 tahun yang lalu. Walhal masa dah lama berlalu, manusia berubah and people move on. Don't expect people to stop living their life and turn back again to 10 years ago. Dun worry, I already forgive you and I have move on. Please understand that I have my own life now.
Monday,Jun 8 2009, 12:35:03 PMBarangan Halal
Halal.. Umat Islam sering menyebut halal tetapi berapa ramai sebenarnya yang betul-betul mahukan diri mereka bersih dan hanya mengkehendaki pada yang halal? Aku selalu memperhatikan manusia dan sahabat yang sering berkunjung ke kedai makanan segera barat dan bile aku bertanya.. " Korang.. Halal ke kat sini? Apesal aku tengok tak de tanda halal Jakim pun?" Mereka pantas bersuara,.. halal kut.. ramai jer orang makan kat sini.. Kalau dalam situasi macam ni biasa nya sekarang ni aku akan try pujuk depan makan tempat lain n kalau majoriti nak jugak makan situ.. aku just beli dari tempat lain n makan skali ngan diorang kat situ. Nak buat camne kan.. Dan ada jugak kadang tu trdengar2 kecoh pasal tempat yang diorang makan hari tu, tidak halal. Maka diaorang pun kata.. "tak bleh dah makan kat situ.. aku dengar tak halal." Kekadang aku sendiri tak paham konsep diorang ni.. adakah konsep mereka.. semua halal kecuali di "rumors "kan/dibuktikan tak halal? Bukan kah lebih selamat kalau pergi ke restoran yang dah disahkan halal? Kekadang tu buat andaian sendiri.. Kedai ni seafood.. halal punya.. mana korang tau? kutnye jual ketam batu, ikan belacak ker, katak goreng ker.. halal ker tu? Korang sedap jer makan ketam tu.. walhal ketam tu dua alam. Ni.. member Cina aku yang beritau.. dia pesan, tak semua kedai seafood tu halal pasal ketam ada 2 jenis.
Lepas tu, halal tu sendiri selalu dikaitkan dengan makanan. Macam mana pulak bahan yang secara tak langsung korang makan tanpa korang sedar? Nak contoh? ada.. ubat gigi, ubat kumur plaque, losen tangan, sabun basuh tangan dan sabun mandi..
Mungkin dan banyak orang sedar yang ubat gigi perlu halal, maka brand2 terkemuka di boikot kerana tiada tanda halal. Ini memaksa syarikat2 besar seperti colgate dan Darlee mengambil langkah untuk mensijilkan produk mereka kepada JAKIM. Syabas di ucapkan kepada rakyat malaysia yang sedar. Tapi ada satu lagi produk ubat gigi yang orang anggap baik untuk kesihatan dan tiada ganti nya iaitu sensodine. Tak de sape pun pernah mempertikaikan yang syarikat ini tak pernah nak kisah pasal pensijilan halal. Korang yakin ker menda ni halal? tak kira la jika ia satu-satunya produk untuk gigi sensitif tetapi korang nak korbankan halal? memang sunnguh tak bijak. Jadilah pengguna bijak dan marilah kita boikot diorang palak supaya diorang ni pi amik sijil halal. Nape nak takut kalau memang diorang halal. Kita bukan nye ape, cuma perlu pastikan apa yang masuk dalam badan kita ni halal.
Losen badan pun dah ada yang halal seperti jenama syura, even sesetengah brand luar seperti rosken pun dah ada tanda halal. Sabun mandi/tangan plak selain dari produk tempatan yang bersih, syarikat Shokubutsu telah mula mengaturkan langkah dengan menjadi antara rangkaian produk sabun halal di Malaysia.
Banyak je alternatif untuk memastikan kita sentiasa terpelihara. Cuma kita aja yang perlu bijak memilih. Nasihatku.. guna la produk yang halal kerana perut itu gedung penyakit.
Abu Hurairah RA related,” Allah's Messenger PBUH said: Verily Allah is pure and He accepts only what is pure and indeed Allah has given those orders to the believers, which he has given to the Messengers. He has said, “O Messenger, eat from the pure foods and work righteous”. He -also- has said: “O you who have believed, eat from the pure things which we have provided you.” Then (the Prophet PBUH) made mention of a man who undergoes a lengthy journey in a state that he is dishevelled and dusty. He spreads his hands towards the sky (calling), “O my lord, O my lord”, however his food is Haram, his drink is Haram, his clothes are Haram and he has been nourished with Haram! So how will his call be answered?” (Muslim)

