Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

<< Previous 1 2 3 4 Next>>

Monday,Mar 3 2008, 10:30:53 AMLeft Out

I am currently rasa macam left out in some situation. Tak boleh nak salahkan orang jugak. Maybe salah aku pasal aku yang mengeluarkan diri dari situasi tersebut. Kerja aku sebenarnye tade sangat, tapi oleh kerana aku bosan tahap melampau, aku pi jumpa member-member sepejabat dan amik kerja diorang. Bukannye ape, kebelakangan ni kebanyakkan orang kat sini lebih sibuk menguruskan kerja-kerja yang tak teknikal. Aku lebih suka kalau kerja tu mengarah kepada kerja teknikal sebab ini mungkin di sebabkan pengaruh ex-boss aku yang tak suka kitaorang involve dalam aktiviti lain selain dari projek.

Bebudak ni pulak sibuk ngan convention dan seminar sampai project.. entah.. aku sendiri takut kalau tengok report progress group. Kekadang bile kita nak cuba tolong, end up kita siapkan semua then group kite dapat nama. Tapi kite buat sensorang. Rasa kekadang tu demotivate jugak bile tengok kite jer bersungguh nak siapkan kerja tapi orang lain lepak selamba jer. Tak de pun inisiatif nak siapkan or nak amik kerja-kerja yang pending dan tak ber'tuan'.

Kerja kat opis aku ni biasa nyer diletakkan satu tempat, siapa yang dah siap boleh amik kerja lagi. Tapi tu la.. masing-masing nak tunggu kerja di agihkan, tak de pun yang voluntier nak buat. Sedihla kalau pi meeting ngan orang tertentu pastu bile mintak progress group tengok macam tak de apa output. Memangla siap menang lagi pertandingan dalam convention, pi melancong kat negara luar sebab seminar tapi pada aku, menda tu tak boleh di jadikan alasan untuk tak menjalankan kerja. Itu cuma side things if you have free time. Tapi aku rasa menda tu seakan-akan menjadi priority sesetangah orang. Contohnye pi kursus tapi kerja nyer dateline dah dekat. Alasan lambat siap kerja sebab pi kursus. Boleh ker? Kalau dah nak pi kursus sangat, manage la masa.. pastikan dateline semua siap. Masalah nyer effect semua orang.. geram la kalau pikir-pikir. Siap pikir nak pi shopping, plan nak buat ape kat luar sana.. ada pulak masa. Aku tak suka environment tu.

Kalau ikutkan, bukan la aku tak nak pi seminar kat luar negara sambil makan angin tapi pada aku.. kite kena ada priority. Kalau kerja tungang langang pastu nak pi lagi.. huhu.. tah la.. aku kurang sket respect orang camni.Nasihat aku pada orang camni.. Manage la masa.. Buat list kerja yang nak di buat. Baru la tak kelam kabut.

Anyway, other than that whole tension in the office.. I got some time out to go out with a dear friend back in University. Due to gender difference, I sometimes question his intention because he keeps on buying me lunch. Hmm.. but then again, he can be consider as one of my best friend so I guess that settles it. Thanks dear friend.

Wednesday,Feb 20 2008, 12:54:43 AMPerson in life

Each and every person surrounding us every little time in this world somehow have an impact on how we lives our life and whom we have become. Soul/roh manusia ni suka meniru. Sekali-sekala bile aku tengok gelagat seseorang seperti cara dia meletakkan sound effect ke dalam penceritaan nya membuat aku terpikir.. dari mana la dia blajar bercerita macam tu. Sperti perkataan 'zass', 'kaboom'.. dan sebagainye di pick up dari TV, komik atau kengkawan yang dirasakan menarik dan secara tidak sedar di tiru dan di guna kan. Mungkin juga di ubah suai dari segi penyampaian agar mendatangkan lebih impact atau pun treadmark. Menarik kalau diperhatikan cara seseorang itu bercakap, ketawa dan berseloroh. Manusia tend to pick up things that interests them the most.

Selain dari segi impact seorang manusia lain kepada kita secara tak sedar dari segi kelakuan dan gerakan, manusia di sekeliling kita juga memberi impact kepada kita tentang cara kite berfikir dan berstrategi. Contohnye di sekolah dan di rumah. Kita belajar cara berfikir dan mengembangkan pemikiran kita dengan menyelesaikan masalah seharian. Oleh kerana itulah, terdapat satu pendapat mengatakan bahawa jika kita ingin mengubah persekitaran kita, kita perlu mengubah diri kita dahulu. Ini kerana apabile kite berubah, persikitaran kita juga akan menerima impact dari perubahan kita kerana kita seorang manusia. Menarik kan?

Aku ada baca satu artikel yang menceritakan satu senario dalam 10 minit dan bagaimana ia boleh memberi impact kepada satu hari yang berbeza hasil dari tingkah laku kite. Senario bermula dari anak menumpahkan secawan kopi tumpah di baju ayah tanpa sengaja. Nah .. di sini ayah terdapat 2 pilihan sama ada untuk marah atau bersabar. Mari kita lihat impact kedua-dua pilihan tadi.

Pertama: marah - Si ayah memarahi kerana anak cuai. Anak mula menangis dan ayah masuk kebilik menukar baju. Keluar dari bilik, anak masih lagi menangis dan sedang di pujuk ibu. Anak dan ayah kedua nya tidak sempat sarapan kerana kejadian itu. Oleh kerana di marahi dan menangis, maka si anak dan kedua ibu bapa nya tidak sedar bahawa si anak juga ketinggalan bas sekolah. Sedar-sedar sahaja, bas sekolah dah berlalu. Si ayah masih lagi marah tetapi perlu juga menghantar anak ke sekolah. Sampai di pejabat, ayahnya pulak kena marah ngan bos kerana lewat dan gagal menghadiri suatu mesyuarat penting untuk memperoleh satu project. Jauh di sudut hati, dia menyumpah-nyumpah dan ada sedikit di dalam hatinya menyalahkan si anak kerana incident pagi tadi. Hari nye tidak ceria dan pulang kerumah dalam keadaan tertekan dan sakit hati.

Kedua: Bersabar - Si ayah memaafkan anak dan menasihati agar lebih berhati-hati. Anak bersarapan dan menaiki bas ke sekolah. Ayah masuk bilik dan menukar baju. Ayah juga sempat menjamah roti dan minum air sebelum ke pejabat. Sampai di pejabat, beliau sampai ke bilik mesyuarat dan bejaya menandatangani satu perjanjian untuk satu projek. Harinye begitu ceria dan pulang ke rumah dengan gembira.

Kat sini kita lihat bahawa sebenarnya persekitaran itu di create oleh kite sendiri. Kalau kita memilih untuk bertindak secara positif maka persekitaran kita juga boleh berubah menjadi positive. Dalam story kat atas ni secara tak langsung, sikap ayah ini juga akan memberikan impact dalam kehidupan si anak. Si anak boleh membesar menjadi seorang yang pemarah atau menjadi seorang yang pemaaf. Oleh itu sekiranya kita berbuat sesuatu, kita perlu juga memikirkan impact terhadap perbuatan kita kepada masyarakat di sekeliling kita. Ambil yang positif, buang negetif. Kat sini aku nak amik kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang-orang yang telah berada di jalan aku dan memberikan aku impact yang positif lantas meletakkan aku di mana aku berada sekarang ni.. thanks a lot. The most important is.. Thanks Allah for letting me met those amazing people.

Wednesday,Jan 2 2008, 02:49:17 AMA new beginning

     Welcome year 2008. A year for me to mark a new beginning of my life. Fresh little space in my life. Got everything work out in the end and everything settle in my heart. Yup, the very best year I hope for this one. Some says this year holds luck. I hope it does also for my life cause I wanna start over with all I have to have ingatan yang baik, kenangan yang indah dan kesihatan yang baik. Semoga di permudahkan segalanya dan dimurahkan rezeki. Di harap jugak dapat membantu mengawal diri dari lidah yang tajam dan telinga yang pedih.

Kepada peminat-peminat cerita korea, jepun dan taiwan.. I nak share satu link yang might interest you all .. mysoju.com.. try la..

God, I love You.. for this new clear mind me.. :)

 Tag : new, Year | 88 Views | Post Comments | Share with Friends | Recommend
<< Previous 1 2 3 4 Next>>