Journals
Friday,Oct 28 2005, 01:23:58 AMSelamat Hari Raye Korang!!

Thursday,Oct 27 2005, 12:52:32 AMKerja Dan Raya..
Kebelakangan ni rasa macam tak berapa nak buat kerja, malas dan agak buhsan.. mungkin sebab dah terlalu lama tak ambil cuti panjang.. al-maklumla cuti kena freeze.. hahaha.. letih la kerja yek? tapi nak buat camner kan.. kena la cari rezeki untuk menampung kehidupan seharian. Boleh gak bayar loan pelajaran. Kalau ikutkan.. nak je berenti kerja duk lepak kat umah.. tapi nak jugak ada duit masuk tetiap bulan.. hahahha.. boleh ker camtu? tapi kalau semua orang kerja.. kita duk umah sensorang..mesti bosan giler nyer.. melainkan kalau orang yang dah berkeluarga la kan..
Tapi macam ada sorang member aku cakap.. kalau duk ulang alik pi kerja jer.. pastu kena pulak kerja lebih masa or weekend.. tak de masa pulak untuk diri sendiri.. rasa macam masuk gua pulak.. balik-balik kat situ jer.. tak de masa nak beriadah atau mempunyai kehidupan di luar waktu kerja.. kengkawan pun yang tu jer la.. member2 lama time sekolah atau kat U dulu boleh jumpa time kenduri kawen or time raya jer.. Lebih-lebih pun kalau nak jumpa time reunion.. tu pun kalau ada.. Terasa macam nak join persatuan-persatuan pulak macam time sekolah-sekolah dulu.. meramaikan kawan.. Sebenarnya.. rasa macam nak pi berlari sekuat hati.. panjat bukit/gunung, pergi ke kawasan yang luas.. dan menjerit sekuat hati.. biar lepas, biar penat.. biar puas hati.. arghhh!!!
Dekat nak raya ni.. nak la pi servis kete.. tapi cam penuh lak semua pusat servis.. al maklumla, semua nak balik beraya di kampung memasing kan.. Kekadang bile tengok kereta aku tu cam kesian kat dia.. dah lama aku tak care kat dia.. hari tu aku ada langgar belakang lori.. hehehe.. kes kelakar pasal lori tu tak bergerak.. aku kena gelak ngan ayah aku.. sabor jer.. kemik gak la sikit kat bahagian belakang kereta tu.. aku nak pi repair, betul tak de masa... weekend nak balik umah mak.. kekadang tu kena kerja.. langsung tak de masa.. pulak tu aku sekarang amik time kerja ramadhan (8 pagi sampai 5 petang), housemate aku tak amik, so dia kerja (8.30 sampai 5.30 ptg).. tak leh nak menumpang dia kalau aku nak tinggal kereta kat workshop. Kena tunggu lepas raya la gamaknyer..
Camner persiapan raye korang? aku tahun ni tak prepare langsung tuk raya.. tak de mood.. kuih raya pun tak beli.. nak buat.. tak sempat.. kain baju raya pun housemate bagi satu.. abg ipar bagi satu.. aku hantar tempah jer.. betul tak de mood.. tapi kena cari mood bile dah sampai kampung nanti.. hahaha..
orait.. aku sebenarnya tengah malas nak buat kerja.. tu yang menaip kat sini.. hehehe.. ok la.. boleh sambung kerja balik.. adios..
Assalamualaikum..
Friday,Oct 21 2005, 05:10:07 AMMajlis Berbuka Puasa
Semalam berlangsungnya majlis berbuka puasa kat company aku.. best jugak.. mendengar bacaan doa yang begitu sedap dibacakan oleh ustaz dan mendengar selawat nabi.. Lemak merdu jer suara mereka.. Tapi sayang, pada awal majlis, memang tak ramai yang hadir.. mereka nak berbuka jer.. malsa nak join majlis ceramah. Sebaik sahaja selesai bacaan selawat, ceramah dimulakan.. hanya orang yang dipilih sahaja boleh mendapat ilmu yang Allah nak beri.. digerakkan hati mereka-mereka ini untuk hadir awal bagi mendengar ceramah... Alhamdulillah.. Isu yang dibincangkan cukup menarik mengenai bulan ramadhan.. Adakah ia pesta mengaut pahala ataupun sebenarnya pesta mencari makanan?.. suatu persoalan yang cukup menarik..
Ok la.. dekat nak buka.. dalam pukul 6.45 camtu baru la ada muka-muka yang baru sampai.. menanti waktu berbuka puasa.. Buka dengan kurma dan kuih buah melaka. Air pulak air teh dan kopi.. Nak berbuka kenala minum air panas sikit dak? Tahun ni agak berbeza dari tahun-tahun lepas sebab kafeteria dikendali oleh petender baru.. so different setting..Floor kantin bahagian atas dikhaskan untuk perempuan dan Floor bawah untuk guys.. cara hidangan dia agak menarik dan banyak jenis lauk yang dihidangkan. tapi variety tak banyak macam tahun dulu.. ada nasi campur, puding, sirap selasih, buah dan ulam-ulaman.. Kalu dulu rasanya ada mee sup la,buburla.. tapi macam mana pun alhamdulillah.. ada jugak rezeki makan free tahun ni..
Insya Allah nanti akan dapat makan free lebih banyak lagi.. kat opis ni memacam news yang aku dapat.. semuanya bagus..
Ada yang tengah asyik bercinta.. ada yang baru nak bertunang.... ada yang dah pun selamat bertunang.. ada pulak tu yang nak berkahwin.. bagusla yek.. tahniah aku ucapkan kat engkorang.. dan kepada yang terpaksa menangguhkan tu.. kalau jodoh tak ke mana.. ye dak? redhalah dengan takdirNya.. setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya..
Apapun semoga kalian ber'enam'.. berbahagia hingga ke anak cucu...
Kepada yang nak meninggalkan company ni.. aku ucapkan tahniah dan semoga berbahagia di company baru..
Korang berbahagia.. Aku.. ceria..
hahaha
Shoot to the sky
Aim for the moon
If you miss the moon
At least you land among the stars..
Wednesday,Oct 19 2005, 06:09:55 AM15 of Ramadhan
Hari ni merupakan ari ke 15 dalam bulan ramadhan. Kalau ikut kalendar Islam hari ni juga merupakan hari lahir aku yang ke 27.. huhuhu.. tua dah aku..Semalam tengok langit, cari bulan.. tapi bulan tak keluar la pulak.. kena lindung dengan awan... tapi malam sebelum tu, malam 14.. bulan terang giler.. cantik sungguh menghiasi langit yang serba hitam.. Indahnya ciptaan Tuhan.
Sedar tak sedar, dah 15 hari berpuasa.. tapi aku rasa ramadhan kali ni macam panjang giler.. pasal aper gaknyer yek? tah la.. mungkin sebab aku dah tak larat nak nengok pc nih.. tengok sekejap pun rasa cam dah lama.. waktu bulan posa ni aku kerja 8-5 ptg.. pukul 5 jer balik.. tak kuasa nak nunggu lelama..
Kat opis skarang ni, bos aku tak bagik lansung kitaorang cuti. Imagine.. rabu sebelum raye pun tak leh cuti.. kejam sungguh orang itu.. isk isk.. camner nak balik kampung.. sabor jer le.. tapi balik tetap balik.. giler ker aper nak sambut malam raya dalam kereta.. akan ku usahakan jugek cuti tuh..
Orait.. kembali ke cerita korea.. isk..aku tengok cerita Spring Day tu sampai abis.. rasa geram jugek kat heroin cerita tu.. tak tetap pendirian.. sekejap suka orang ni.. sekejap suka orang tu.. alih-alih hero dia rupanya adik dan bukanlah abang.. terkejut jugak tengok ending dia.. tapi memang la watak adik tu dia buat better than abang.. lebih funny, bersahaja jer.. watak abang dia tu cam serius nor.. too formal person. Tapi aku cam tak puas hati sikit pasal twist cerita tu kat ending.. Bile dah end baru tau sape hero.. mind setting cam lari sket... ok.. giliran bagi bintang..
Cerita Spring Day aku bagi 3.5 bintang!
Baru-baru ni housemate aku beli cerita korea yang filem punya.. 2 CD je la.. tajuk dia.. 'My Tutor Friend'. Dia duk 'bit' cerita ni kat ebay.com.my.. cerita ni kiut.. pasal budak pompuan yang diupah untuk jadi tutor mengajar seorang budak gengster sebaya ngan tutor ni. Budak gengster ni tak abih sekolah menengah lagi sebab tak pass exam. Mula-mula budak pompuan tu garang jugak mengajar, tapi bile dapat tau budak yang dia ajar tu gengster sekolah.. terus menggigil jer setiap kali nak pegi mengajar. Bile dia nak berenti mengajar.. mak dia tak bagi.. mak dia siap ugut ngan parang lagi.. baling-baling.. ala-ala kungfi hustle gitu.. kelakar la cerita dia..
Tapi tak puas nengok pasal biasanya cerita korea ni 20 CD.. bile tengok 2 cd.. sendiri yang rasa pelik.. masa untuk bagi bintang..
Cerita 'My Tutor Friend' aku bagi 4.5 bintang!
Cerita PRIDE ngan Full House.. 5 bintang!
Wednesday,Oct 12 2005, 08:01:32 AM8 hari posa..
Bulan posa ni baru jer mencecah 8 hari. Tapi orang
dah sesibuk bincang pasal hal nak raye.. sibuk cari ring tone, sibuk
pasang lampu lap lip.. Semalam pun surau dah start kosong.. Kalau masa
first ramadhan tu, penuh sampai melimpah keluar jemaahnyer.. tapi
sekarang dah ada ruang kosong lagi dalam surau. Dari dalam surau tu
jugak kedengaran budak-budak main mercun. Melepas ke udara.. berdas-das
bunyinya.. Nak kata perasaan.. tak tau la nak kata.. seronok ker..
sedih ker.. tengok suasana camni.. tah la.. kekadang terkilan jugak
sebab posa tak sampai baper hari, orang dah sibuk nak pikir sambut
rayer.. Ada satu umah tu pasang lampu lip lap pastu duk pasang musik2 raye macam bunyi kad raye musik tuh.... agak menggangu jiran la pasal dia pasang tu kuat jugak la.. pastu suara tv pun kena kuatkan.. balik terawih pun dia still pasang lagik.. dah malam giler baru dia tutup. Kalau tak tutup, gaknyer ade yang ngamuk depan pintu umah dia pasal tak leh tido.. hahaha.. saper la tu yek..
Acamner bulan posa engkorang? best tak setakat ari nih? TOP class? top quality.. hahaha.. kerja tengah banyak la ni.. tu pasal la tak selalu update.. Semoga Allah memberkati puasa dan menerima segala amalan kita di bulan yang mulia ini.. Aamiiin..

