Journals
Wednesday,Nov 30 2005, 12:38:58 AMKD Review: Misa - Sorry I Love U
A truely best korean drama
.. 5.5 Bintang la..
Thanks Yasz sebab recommend citer ni.. Semalam aku tengok CD terakhir.. rasa macam kena tampar je.. kalau aku tgk sensorang rasanya sure dah meraung dah tak berenti.. nasib ada housemate.. muehehehe.. control sikit.. lari masuk bilik gak la.. Memang patut la semua pelakon dia menang award termasukla pelakon kanak-kanak dalam citer ni.. dapat award.. Sebuah kisah cinta sejati sehingga ke akhir hayat..
Cerita ni mengisahkan seorang lelaki Min Hyuk (Hero) yang ditinggalkan oleh keluarga dia. Dia berazam cari duit bebanyak dan bantu family asal dia sebab dia pikir yang family dia takkan mak nak aniaya anak sendiri. Mesti mak dia miskin dan tak de duit. Dia diambil jadi anak angkat dan di bawa ke Australia. Sampai kat sana tah camne, dia end up tido kat kaki lima dan jadi gengster. Kerja dia tipu pelancong dan curi duit diorang. Dia ada awek, awek dia ni la ajar dia cakap korea. Kalau tak, sepatah haram pun tak reti cakap. Satu hari, dia nampak awek dia ngan lelaki lain pastu awek dia kata " Saya memang cintakan awak, tetapi berbanding Jason.. dia mempunyai masa depan" Jason ni kaya la.. kalau nak compare ngan min hyuk yang hidup kat tepi jalan kan.. "Saya nak kawin tak lama lagi.. dtg la ke majlis perkahwinan kami" sambil tersenyum dan berharap agar min hyuk dapat memaafkan dia.
Eun Chae(heroin). Eun Chae ni pembantu seorang penyanyi terkenal Choi Yoon. Semua pasal yoon dia amik tau, amik berat. Eun Chae ni sygkan choi yoon tapi choi yoon ni plak gilerkan kwn baik eun che yang merupakan seorang pelakon terkenal (min ju). So dia minta eun chae tolong kenen2 kan la. Eun chae ni sedih tapi tolong jugak. Kebetlan Choi Yoon ngan Min Ju ada shooting kat Australia. Eun Che sgt baik hati dan penyayang. Sanggup buat ape aje demi Choi Yoon. Tapi dia tak sanggup tgk couple tu berdating, so dia pun nak pi lapangan terbang nk balik korea. Dlm perjalanan, kena rompak la pulak dengan geng min hyuk. tapi mun hyuk tak de masa tu. Waktu eun chae tgh mundar mandir sensorang.. min hyuk jumpa dia dan eun chae sgt gembira sebab jumpa org korea di negara asing. Dia ikut jer mana min hyuk pegi.. last-last min hyuk ni bawak dia pi satu kelab.. bagi dia mabuk dan nak jual dia pada owner kelab.. dia tinggal kan eun chae kat situ.. tapi tah aper yang dia pikir.. tetiba dia patah balik dan bawa lari eun chae dari kelab tu.. lagipun.. tu la minah korea dia jumpa sepanjang kat australia ni besides awek dia la. so mlm tu eun chae ni terpaksa tido ngan min hyul sebab takut geng ster. Paginyer dia bangun, min hyuk dah tak de tapi beg ngan duit dia yang kena rompak semalam ada kat sebelah dia. ada kertas tulis "lain kali berhati-hati" Eun Chae pun terus balik korea.
Min Hyuk ni pi la majlis kawen awek dia. Dia buat huru hara. lastly dia dpt terima la awek dia nak kawen. Tapi tetiba dia nampak ada orang nak tembak awek dia.. sebenarnya itu perancangan suami awek dia, sebab suami awek dia tau yang min hyuk still syangkan awek dia. waktu nak selamatkan awek dia, Min hyul kena tembak la pulak.. 2 das peluru masuk kepala dia.. satu dapat keluar.. satu lagi tak dapat... kalau keluarkan, dia akan mati. So, Dia hanya ada masa kurang satu tahun jer utk hidup. Awek dia ni takut suami dia akan cari min hyuk, so dia bagi min hyuk duit dan hantar min hyuk balik korea.
Min hyuk bile balik korea, cari family dia balik.. ye la.. duit pun dah banyak.. tapi ape yang dia jumpa kakak kembar dia yang dah tak berpa betul. Kakak dia ni ada sorang anak (kaichi). Diorang gembira sgt jumpa min hyuk. Memang miskin. Tapi rupanya mak diorang masih hidup lagi. Mak diorang ni sebenarnya sangat kaya dan mempunyai seorang anak lagi. Bela anak dia ni bagai menantang minyak yang penuh la.. anak dia ni tak lain tak bukan.. choi yoon.. penyanyi terkenal.
Min hyuk berasa geram kat mak dia.. naper sanggup biarkan anak dia merempat sedangkan dia hidup mewah. Dia punya la berusaha ingat mak dia miskin sampai tak mampu nak bela anak sendiri. Apa yang dia tak tahu sebenarnya... Mak dia tak tahu pun yang anak dia masih hidup. Masa min hyuk ni baru lahir ngan kembar dia, abg mak dia ni buang baby tu dan beritahu mak dia yang anak dia dah mati. Sebab masa tu mak min hyuk ni seorang pelakon terkenal. Abg dia takut masa depan adik dia musnah. So buat keputusan camni.
Masa min hyuk ni pi rumah choi yoon, dia ternampak eun chae. Eun chae plak ingatkan min hyuk jatuh cinta kat dia. Sebab tu mai jauh dari australia cari dia. sabor jer le.. tapi min hyuk ni buat dek jer.. tak kisah la eun chae nak cakap ape.. yang penting dia mesti mendekati family ni dan mencari ruang untuk membalas dendam kepada seorang ibu yang sebenarnya tidak bersalah..
Cut Short
Akhirnya min hyuk ni jatuh cinta ngan Eun Chae.. dialog dlm citer " Tuhan.. andainya kau wujud, andainya kau mendengar.. Seong Eun Chae.. bagi la kat aku.. menemani aku selagi hayat ku masih ada.. aku sanggup lepaskan segalanya, permusuhan dan kedendaman.. dan mati dengan tenang"
Citer ni sedih pasal percintaan pun yer jugak.. pasal dendam anak ngan ibu padahal ibu dia sebenarnya setiap hari ingatkan anak dia yang di sangka mati tu.. pastu min hyuk ni buat teruk giler kat family mak dia sebab dia ingat memang mak dia tak sayangkan dia. Chooi yoon pulak eksiden, jatung dia problem.. Mak dia menangis bagai nak giler... tapi eksiden tu membuatkan choi yoon sedar yang orang yang dia betul2 cinta bukan min ju tapi eun chae. Dia ajak Eun Chae kawen tapi masa tu eun chae dan jatuh cinta ngan min hyuk. Dia tinggalkan min hyuk sebab dia kesian kat choi yoon. Tapi dia tak tau yang min hyuk nak mati.. cuma nak eun chae teman dia selama 3 bulan jer.. eun che ingat dia buat lawak.. so tak pedulikan dia..Tapi eun chae tak bagi persetujuan nak kawen.
Min hyuk rasa ini la peluang terbaik utk dia balas dendam. Dia cakap dia akan call mak dia dan kata "Mak, anak sulung awak dah nak mati.. anak sulung mak ni bagi jantung kat anak bongsu kesayangan mak.. supaya dia hidup dengan baik... saya harap air mata yang mak tumpahkan untuk yoon tu.. tumpahkan la pulak untuk saya di masa depan"
Adakah eun chae akan mengetahui min hyuk nak mati? Reaksi dia.. memang sedey giler.. kena tgk sendiri.. Min hyuk hanya mampu berkata " Eun Che.. Maafkan saya... Saya cintai awak" (sorry I love u)
apa kesudahan ibu min hyuk? ni pun sedeh.. mak ngan anak kan..

Monday,Nov 28 2005, 08:40:44 AMRaye Sakan
Bile dah ujung-ujung ni.. baru le sibuk nak beraye sakan.. sempat lagi dak? hehehe.. hmm.. lepas pi main bowling ari tu.. kitaorang gerak ke R& R awan besar untuk makan-makan raye.. cuma 4 orang jer pun, aku, semi, sulas ngan roslee.. tak kisah la.. nak tunggu semua pun, bila la plak kan? Kitaorang makan satey.. syok giler.. dah tu ada extra lagi.. so semi tapau untuk husni.. dengar citer husni nak exam.. study le kut.. Sulas plak tapau untuk lizeer... Tpi kalau korang ade kat sini.. tentu lebih meriah.
Hari jumaat plak company buat sambutan raye sambil buat farewell party utk CEO yang bakal meninggalkan kitaorang. Makanan dia best gak la.. lagipun mak cik kafe lama yang handle. Rindu plak rasa kat kafe lama. hak hak.. Hari ini jugak di galakkan la untuk semua orang pakai baju raye.. Bagi yang lelaki.. pakai baju melayu.. Hmm.. muka-muka yang tak penah aku nengok pakai baju melayu pun.. pakai.. Nampak lain sket la dari biasa.. semua pun duk menegur terutamanya dua mamat yang sepanjang aku duk kat mimos ni memang tak penah la nengok pakai baju melayu.. Meriah tul suasana raye.. Menu.. lemang, ketupat, nasi, rendang.. kek, buah, abc dan macam2 lagi le..
Hari sabtu ikut housemate pi kajang, beraya umah opismate dia.. open house.. Tapi sesat2 jugak la.. masuk jalan kampung yang bengkang bengkok giler.. nasib le sampai. Balik jer umah, kepala aku pening gilos.. pening sampai malam tu aku muntah la.. tak larat tul...
Tapi tu tak mematahkan semangat. Hari ahad, jalan lagi.. Aku heret plak le housemate aku.. hehehe... kali ni aku pi umah best friend aku, kenal masa zman aku UTMKL dulu (jnal), pi umah dia pun sebab adik dia bertunang.. Memula ingat dia yang nak bertunang.. hampeh betul.. tipu aku.. Bukit Jalil ke Wangsa maju.. jauh gak.. Jam lak tu.. tapi Family dia ni aku dah kenal, tak best lak kalau tak pi... walau apepun berbaloi.. :) Makan sedap..
SAkAn RaYe.. hehehehe
Masa terluang.. ape lagi .. CD korea.. Misa.. Layan.. muehehehehe
Wednesday,Nov 23 2005, 04:35:00 AMLet's bowl raye..
Opisku..
Tak kira sama ada aku lewat atau aku datang awal ke opis setiap pagi, aku pelik akan rasa pelik.. sebab apa tau.. Setiap kali pun kebelakangan ni tak kira time berapa aku datang, jadi orang yang first je.. walau pun aku datang lagi 5 minit nak masuk waktu pejabat. Time aku datang awal, awal jugak diorang ni datang.. hmm.. kenape yek.. cam ade motion detector jer kat opis ni.. kalau ada pergerakkan baru orang lain leh datang.. group aku la.. group lain tu toksah cerita la.. diorang mai cam biasa je..
Opis mate ajak main bowling malam ni.. release tension setelah penat bekerja... lama betul rasanya tak pegang bola bowling.. mau melilau sekali baling bola nih.. muahahaha.. tapi aku tengok ada gak orang yang kalau dia main ke tak main ker.. maintain jer skor diorang.. camner diorang buat gaknyer yek? aku kena blajar la skill baling bola bowling. Hari tu ada gak skali company aku war-war kan kelas bowling kat bowling alley area sini.. tapi kos nyer agak tinggi dan perlukan komitmen la kan.. biasa la tu.. tapi waktu tu masa tak mengizinkan untuk turut serta (chewah.. alasan jer.. malas sebenarnya)
Lepas main bowling, planningnyer nak pi makan kat R&R awan besar untuk jamuan/makan-makan raya... kitaorang tak beraya lagi sesama sendir.. kira makan-makan raye jer la sebab beli bayor sendiri.. Aku pun ada planning hidden agenda.. muahahaha.. sape yang tak mai tu.. nasib la kan.. nama pun, hidden agenda.. takleh la nak story ape dia..
Cerita pasal raya.. hmm dah posa enam ke korang?.. pada yang tak posa lagi.. ada peluang tu, posa la.. banyak faedahnya.. sambil2 tu.. kena la gak posa ehem ehem kan.. huhuhuhu.. Ganjaran pahala diberikan oleh Allah Taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa sepanjang tahun. wallahualam.
Raya pun dah nak abis.. tapi aku tak round pun umah kengkawan.. weekend very busy.. balik kg la.. pindah umah la.. raya kat gombak lah.. tinggal weekend ni jer pun kalau nak kuar pi beraya.. nasib la kat opis ni, group aku kerja before raya.. kalau lepas raya.. mau kena cam group satu lagi tu.. kerja 8 pagi sampai 10 mlm.. weekend lagi.. sape2 yang shift malam plak.. 10 malam sampai 8.00 pagi.. hmm.. tak best langsung....
Friday,Nov 18 2005, 07:22:09 AMB13 a.k.a Banlieue 13 - Action movie

Biasanya aku cerita korea.. tapi kali ni kita ubah angin sikit.. Action movie. muahahaha.. B13, A MUST WATCH action movie to action movie lovers out there. Suka betul aksi-aksi yang dipaparkan dalam cerita ni.. Orang perancis lebih mengenalinya dengan gaya aksi urban ninja. Ninja biasa takkan leh buat aksi cenggini.. tak tau la kalau boleh..
Jalan cerita dia agak menarik. Cerita ni di lakonkan base on tahun 2010 dimana pada tahun ni penjenayah berjaya menguasai satu daerah yang dikenali sebagai B13. Kat daerah ni, memang la tak de balai polis, sekolah dan pejabat pos. Kawasan ni telah di wartakan utk jadi zon pengganas la lebih kurang. Zon ni dipagari oleh batu-batan macam sempadan negara gitu.. supaya orang tak leh keluar masuk sesuka hati.. cam penjara.. orang jahat tak leh keluar. orang awam tak leh masuk sesuka hati. Dalam daerah ni, diorang hidup sesuka hati, tapi still ada kedai. Ada jugak orang awam kat kawasan ni, tinggal dalam gaya hidup biasa. Tapi depa pun tak leh keluar jugak. Diorang kena gak la follow semua rules gangster kat dlm ni.
Nak jadikan cerita, satu hari ada sorang mamat ni (Leito), dia dah insaf dari menjual dadah. Da buang semua dadah. Bile ketua group dapat tahu.. semua kejar dan try tangkap dia. Tapi Leito ni very skill full. Kira dapat lepas la kan.. K2(penolong bad guys) pi tangkap adik leito untuk jadi umpan leito. Tapi Leito berjaya selamatkan adik dia dan depa berlari sampai ke sempadan B13. Sampai kat sana, diorang masuk dalam balai polis sempadan dan minta keluar dari daerah B13. Tapi polis kat situ pun takut gak kat pengganas. mana tak nyer.. penuh pengganas kat tepi berek polis tu lengkap bersenjata. Polis tu serah adik leito kat pengganas dan masukkan leito dalam penjara. Leito sempat capai kepala ketua polis masa dalam jel tu dan bunuh polis tu masa tu jugak sebab geram. So lama sket la dia kena duk penjara.
6 bulan lepas tu, terdapat satu lori trak yang berisi bom dicuri oleh pengganas dan di bawa masuk ke B13. Kumpulan yang mencuri adalah kumpulan yang sama kes ngan leito ni. Seorang polis yang memang cekap giler(Damien) ditugaskan untuk mencari bom ni dan musnahkan dia. Bom ni telah dipasang pemasa. Menurut bakal menteri (empunya bom), kalau dah bukak bekas dia, dia akan meletup selepas 24 jam. So kena carik dan matikan cepat Bom tu. Kat sini, dia menyamar jadi orang jahat yang lari dari penjara dan ajak leito lari skali ngan dia. Bila sampai je kat B13, Leito tinggalkan dia sebab dia tahu Damien ni menyamar sebab bukannya senang nak kuar penjara. Tapi at the end lepas gaduh-gaduh, barulah leito ni bekerjasama ngan damien.
Banyak la aksi-aksi menarik terjadi dalam masa nak cari bom dlm tempoh tak sampai sehari. kereta-kereta mewah berlanggar, orang berlari-lari. aksi lawan-lawan.. best arr gak citer ni. Tapi at the end ada sikit twist yang jarang ada pada action movie.. apa kah dia?
Hahahaha.. kenala tengok sendiri..
CEO company aku dah tukar... dengar cerita CEO baru ni strict sikit.. hmm.. tengok jer la nanti..
Wednesday,Nov 16 2005, 07:01:26 AMKD lagi.. hehe - Super Rookie
Super rookie ni mengisahkan pasal seorang bekas pelajar universiti yang tak berapa pandai dan hanya tahu bersukan sahaja. Dia tak de langsung kelayakkan akademik. Kang ho merupakan seorang yang berani dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Cerita ni tayang kat TV8 pukul 8.30 - 9.30 mlm.
Walaupun tiada kelayakan akademik, dia still gak pi apply kerja kat one of the biggest company kat korea (LK). Company ni pulak memang giler canggih dan pilih pekerja yang betul-betul terror jer masuk. Tapi dia ni giler lucky. Mula-mula form dia lepas kat bahagian reject, Tapi sebab ada salah seorang pekerja syarikat LK tu terlanggar kotak form reject, form dia termasuk kat bahagian ambil ujian. So peringkat pertama lepas. Peringkat kedua plak bahagian ujian. Dia mintak kerja ni ngan sorang member dia.. gile la kedua-dua orang menghafal. Tapi kang ho ni malas sikit.. cam tak belajar sangat. Family dia plak jenis yang tak percaya kan dia, buat dek jer sebab depa yakin, sure tak lepasnyer ujian tu. Sampai hari ujian, kang ho pakai bantai jer jawab dan amazingly dapat full mark. Sebab apa tau? mesin kiraan markah company tu terstuck. Bila on balik, kertas kang ho lepas tanpa dikira. so default nyer.. kalau lepas.. full mark.. walhal kalau di check memang sah dapat 0. Cerita ni kelakar jugak sebab kekadang ada selit-selit bayangan minda diorang. hahaha..

Pihak pengurusan dapat tahu yang kesilapan tu tapi tu pun hanya 2 orang. Diorang terpaksa merahsiakan perkara tuh sebab takut orang kata, mesin pengiraan elektronik LK bermasalah. Jatuh la reputasi syarikat. Nak tak nak, terpaksa gak la bagi dia pergi interview. Diorang beranggapan, sure tak lepas nyer interview. Bile time interview plak.. kang ho bersemangat lebih.. siap berdiri-berdiri lagi jawab soklan. tapi niat dia nak bantu ibu bapa membuat penginterview terharu dan bagi markah lebih. last-last dapat kerja kat situ.. semua orang tak percaya ini terjadi.. family dia pun start to treat him nice sebab dpt kerja kat company besar.. tapi orang yang tak puas hati.. offcourse la ramai.. Bong sam cakap"kalau kau boleh jadi pekerja Lk, maknanya aku boleh jadi pengerusi". Kawan yang apply kerja sama dia pun tak dapat walhal kawan dia tu lebih pandai sikit la pada dia. " Aku padahal nak bersabar sebab kau elaja aku makan tapi aku masih tak percaya yang kau berjaya, mereka dah giler agaknya" hahahaha
Kiter cerita part heroin plak.. Mi Ok
Dia merupakan seorang pelajar yang pintar tapi sebab dia miskin, dia tak sambung blajar kat universiti. Dia di rekemen oleh sekolah dia untuk masuk syarikat LK. Oleh keran tiada kelayakan universiti, dia hanya dapat menjawat jawatan yang rendah di syarikat LK. Di situ, dia mengenali Bong Sam dan mereka bercinta.
Mi Ok ni nak bunuh diri lepas kena dump dengan Bong Sam, Kang Ho la selamatkan dia. Bong Sam.. merupakan pelajar pintar. Dia dump heroin(Mi Ok - heroin) utk sorang pompuan kaya(Hyeon Ah). Mi Ok susah betul nak luper kan Bong sam dan asyik menangis jer bile lihat pasangan tu berdua-duaan. Setelah Mi Ok ni mengenali Kang Ho , dia mula tertarik sedikit2 kat Kang ho. Kang ho pun cam minat gak kat minah ni. Kena pulak dah kerja satu company.. best la kan.. senang sket.. Tapi pada waktu yang sama bong sam ni cam tak bagi jer kang ho tackle minah tu. Tau plak jeles. Yang minah kaya tu plak bukannya nak kawin ngan bong sam tu sebenarnya.. sajer nak seronok-seronok jer. Setiap kali Bongsam cakap pasal kawen, mesti dia mengelak. Minah kaya ni plak, dalam masa yang sama cam nak jugak memain ngan Kang Ho.. jenis play girl gitu.
Apakah kesudahan cerita ni?.. sesama la kita tunggu.. pasal tak jumpa la ending dia kat net. hehehe..
Walau apapun, cerita memang kelakar la.. lawak yang bersahaja. Fun to Watch.

