Journals
Friday,Mar 31 2006, 04:37:07 AMCan You Read This?
The Spell Checker
Eye have a spelling chequer
It came with my pea sea
It plainly marques four my revue
Miss steaks eye kin knot sea.
Eye strike a key and type a word
And weight four it two say
Weather eye am wrong oar write.
It shows me strait a weigh.
As soon as a mist ache is maid
It nose bee fore two long
and eye can put the error rite.
Its rare lea ever wrong.
Eye have run this poem threw it
I am shore your pleased two no
Its letter perfect awl the weigh
My chequer tolled me sew.
Source unknown
Have a lot of things to do today.. tak best langsung..
Satu citer menarik utk member2 opis..
Member kite yang duk dekat ngan bos cakap, dia ada dengar bos aku sebut nombor dalam bahasa melayu masa cakap kat telepon.. wei.. tahu jugak dia bahasa melayu.. dia ni orang arab. Tapi mustahil gak tak tahu cakap langsung sebab dah tiga tahun dia duk malaysia ni.. hmm..Agak nyer kalau kitaorang kutuk2 dia kat opis ni.. dia paham ke dak ek? isk isk isk..
Tuesday,Mar 28 2006, 12:26:30 AMLima cara pilih sahabat

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis
LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -
p/s: tengok tak cerita My Lovely Sam soon kat TV8? Kelakar la cerita ni.. my sis dah pernah tengok... kata nyer best.. tak sabar pulak nak tengok sambungan dia.. 
Thursday,Mar 23 2006, 04:56:13 AMGreen Rose 8tv
Green rose ni ditayangkan pada hari isnin sampai jumaat.. kul 830 malam.. aku tak follow sangat tapi dengarnyer best kalau follow betul. Citer ni.. pada aku la.. kalau terskip satu hari pun boleh catch up lagi.. cuma feel tu tak de la kan.. hahaha tu yang penting..
aku bagi singkatan jer la.. sape2 yang watch mesti tau nama penuh depa ni.
watak utama (hero) - JH
heroin - SA
pengacau hero/jahat - HT
penolong jahat- TS
pembantu company - SUH
bapak heroin - president
Ok la.. meh sembang sket pasal cerita ni.. pendeknyer.. JH bercinta ngan SA. JH ni miskin, SA ni anak pemilik syarikat elektronik SR yang mempunyai 35 ribu pekerja. Kira orang kaya ngan orang miskin la ni bercinta. HT, SA ngan JH semuanya berkerja ngan syrt SR.
Cerita pasal HT
HT ni bekerja sebenarnya nak balas dendam atas kematian bapak dia. Bapak dia ni dulunye technican yang berkepakaran. Banyak company yang berminat ngan bapak dia ni.. termasuklah syarikat SR ni.. Bapak dia ni jenis yang keras kepala sikit.. suka nor bertekak. So, tah camana diskuss ngan president SR.. dia end up bertekak ngan mamat tu. Kebetulan pulak, on that same day.. bapak HT ni mati.. HT pegi umah president untuk jumpa president dan mintak tolong tapi president tutup pintu semua sebab still marah kan bapak HT ni. Bile president buat camtu.. Ht ni ingatkan president la bertanggungjawab bunuh bapak dia.. so dia bertekad utk kerja kat SR dan balas dendam. Dia menyebabkan president koma selama 4 tahun dan tuduh orang lain buat.
cerita pasal JH
JH ni pulak bercinta ngan SA, jadi mangsa kena frame ngan HT. HT rancang bunuh president, tapi at last.. president koma jer... dia frame JH ni. Motif pembunuhan.. sebab bapak SA tak setuju hubungan SA ngan JH. padahal JH tiba di tempat kejadian utk selamat kan president. tak pasal2 jadi pembunuh pulak. Mak JH pulak bunuh diri sebab menda ni. JH bengang.. lari diri dari penjara terjun dari jambatan. End up selamat.. Pergi travel ke china.. jadi org kuat tycoon kat sana. balik korea ngan identiti lain utk siasat kes ni..
SA..
minah ni.. menangis je le kerjanyer..
Finale
president sedar dari koma, dia tahu HT yang rancang tapi enggan dedahkan pada sesiapa. Bile bicara balik, dia terangkan yang JH nak selamatkan dia. Orang yang nak bunuh dia tu.. dia kata yang dia tak pernah jumpa sebelum ni.. so HT selamat. JH selamat dan JH ngan SA bersatu balik setelah lama terpisah sebab kini JH boleh guna balik identiti sebenar dia.. president nak handover semua kat JH. Waktu hari pelancaran, HT kacau.. so president kata nak bagi separuh saham kat HT. Tapi bukan itu yang HT nak.. HT nak SA!.. apakah yang akan terjadi.. tengok ler.. sendiri..

Wednesday,Mar 22 2006, 02:14:44 AMLagu sekolah SMCS
Dulu aku sekolah kat SM Convent Sentul.. Sekolah harian.. form 1 sampai la form 5.. tetiba je tringat lagu sekolah aku.. nak letak lyric dia la kat sini la..
Lagu SMCS
Oh! hark now hear
Our joyfull cries of pride in our school
Steadfast are we in our duty
Simple in virtue
We pledge to you
Our loyalty and hardship we endure
We will strive to make you proud
Our school that we adore
O.. lord we pray for guidance
And blessing on our way
Help us to accept success
and failure in work and play
Oh! hark now hear
Our joyfull cries of pride in our school
Steadfast are we in our duty
Simple in virtue
Author : Former student of SMCS

Monday,Mar 20 2006, 12:09:08 AMPerodua Bersama Pelanggan
Ahad baru ni, ada aktiviti perodua bersama pelanggan. Aku turut di invite sebab aku beli kereta dulu direct dari agent perodua. Ejen yang jual kete kat aku ni dulu lebih mesra dipanggil dengan gelaran kak Ema.
Walaupun hampir 2 tahun usia kereta aku, namun apa yang pasti kak ema masih lagi ingat kat aku. Sampai jer di Anjung Putrajaya, aku dan housemate aku di sambut mesra oleh orang-orang Perodua kat situ. Kami register atas nama kak ema. Antara aktiviti menarik yang di jalankan termasuk la.. makan lunch percuma (hehehe), peraduan teka bilangan bola, perodua service quiz dan cabutan nombor bertuah. isi gak la beberapa form untuk peraduan ni..
Rupa-rupanya kehadiran kami ni bukan setakat perjumpaan perodua bersama pelanggan tapi juga pelancaran kereta kelisa model terbaru yang dikenali sebagai 'Kelisa Imago'. Kereta kelisa ni.. cun jugak la.. kaler hijau jade, kalau kena cahaya.. nampak cam silver.. aku snap 2 keping gambar tapi tak upload kat sini.. Satu keping tu nampak kereta tu kaler silver.. satu keping lagi nampak kaler hijau.. hmm.. menarik kan? tapi kalau korang tengok ngan mata kasar, nampak hijau jade. maybe pencahayaan la nampak dia jadi silver.. Ok, meh cerita ciri-ciri kereta ni..
Kereta kelisa imago ni.. dia punya set dia macam kelisa limited edition.. tapi kelisa limited edition kan dah tak jual.. dia ganti ngan yang ni la.. Seat, stering semua leather. Pastu enjin pakai DOHC semua.. sama la ngan kelisa limited aku.. beza nyer cuma kaler, ngan dia pakai CD player.. akunyer kete pakai cassete je.. tapi kete aku ade handsfree build in.. kete ni tak de.. Kereta ni gak pakai sport rim cam kete aku.. Pendek kata.. sesaper yang kempunan tak dapat nak beli kete limited edition tu, boleh la beli kete ni.. Cuma kak ema kate (ejen aku), Kaler kete ni baru lagi.. tak de dalam market.. kalau korang beli sekarang, pastu tercalar kat mane2.. Kalau nak spray balik, kena la antor kat perodua..
Ok, berbalik pada aktiviti di Anjun putrajaya.. Housemate aku, Z.. amik kesempatan ni untuk testdrive kereta-kereta Perodua.. Yela.. orang dah hulur.. Kak Ema kate.. kete ade.. drive jer la.. kalau minat boleh order.. tak nak, tak pe.. So aku pun naik gak la kete yang housemate aku bawak.. test drive MyVi ngan kenari Aero. Myvi.. luas dan very selesa la.. Kalau untuk family yang suka travel jauh.. memang recommend la kereta ni.. Minyak pun jimat gak.. Selain dari test drive kereta, kitaorang gak dia ada bagi cenderahati sket.. dan aku menang gak peraduan perodua service.. Dapat la Voucher RM50 untuk servis/aksesori kereta from perodua.. ok la kan.. dapat kan jimat untuk next servis.. hehehe.. Kak Ema.. melayan jer kerenah kitaorang ni.. kesian kak ema.. Kak Ema memang best..
We have a great time.. Best-best 
p/s: kete yang dipapar kat sini bukan ler kelisa imago tetapi kelisa limited edition.. thanks to a friend.. nice picture he made, out of that car..

