Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

<<Previous 1 2 Next >>

Friday,May 26 2006, 04:19:55 AMFlying kick kang...

mycatRasa begitu banyak alasan untuk menjadi moody.. to liza.. sorry pasal ckp 'jgn kacau' pagi tadi.. tension ni.. banyak nor menda last minute tukar..

Aku sendiri sekarang tak pasti projek yang aku buat ni leh meet ker tak deadline.. rasa nak flying kick jer pc ni.. hahaha

Pulak tu sekarang semua menda nak buat kena isi form.. sampai nak antar email pun kena pakai communication form instead of using just the email itself.. tension tul.. Dah le kena guna form, kena hantar plak kat semua orang..

Bayang kan kalau ada 40 orang antar email.. lepas tu  20 orang balas plak email yang 40 tu.. semua email korang dapat.. cam dah jadi SPAM dah.. tapi kalau tak wat camtu.. takut plak tak tau perkembangan project ni.. at least kite tau ape yang sedang berlaku.. secara detail plak tu.. hahahaha.. memang byk betul info.. Hmm.. tapi hujan baru turun di tengah hari jumaat ni.. Ia seolah-olah cuba untuk menyejukkan dan memberikan ketenangan dalam hati.. indah betul kekuasaan Tuhan.. Thanks Allah..

To Adik Roy.. Kak ain wish you good luck for your final.. hope you are doing great.. remember.. study smart, not hard!

Saturday,May 20 2006, 04:13:14 AMManusia hanya mampu merancang..

baby,crying,tantrum-thumbHmm.. Just wanna wish a good friend of mine to be better in no time at all.

Apa perasaan korang kalau best friend korang janji nak jumpa korang.. korang call tak dapat-dapat.. mula la rasa macam nak marahkan.. Dengan perasaaan marah ni aku bercadang untuk keluar je la ngan member korang lagi sorang tanpa dia.. tetiba korang teringat untuk call rumah dia.. sebab call handset tak dapat2 kan.. Tetiba.. korang tahu kenapa dia menyepikan diri.. Dia kemalangan.. waaaa...

Terasa macam drama swasta la pulak.. tapi ni lah terjadi pada aku semalam.. lepas tahu dia accident masuk ICU, aku rasa cam marah kat diri sendiri sebb marah kat dia.. dia bukanla jenis orang yang mungkir janji.. aku patut tahu menda tu.. aku doakan moga dia cepat sembuh.. nasib la sekejap jer dia masuk.. lepas dia sedar.. dan boleh berjalan.. doktor benarkan dia pulang dengn beberapa jahitan di kepala.. handphone dia pun kena curik waktu eksiden tu.. Banyak dah kes eksiden, ada pencuri yang tak de hati perut pi curik barang orang yang tengah sakit sampai pecah kepala.. geram bile pikirkan.. Memang wajarlah kalau Islam mengatakan pencuri ni.. elok potong jer tangan diorang.. isk isk isk..

Thanks to Cik sulastri kerana sudi hantarkan aku kat hospital dlm keadaan aku yang memang rasanya tak leh nak berdiri dah. Tuhan jer tahu betapa lega hati aku bile nampak kawan aku tu dah boleh berjalan. Cadangnya kami semua nak pi main bowling dan makan2.. tapi lain pulak jadinyer.. trip ke bowling alley jadi trip ke hospital pulak.... ye la kan.. manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya...

To my friend, Nal... hope you get well soon...

Friday,May 19 2006, 10:45:11 AMHikmah Kembara - Miwarna

Hikmah Kembara

Akmal:Di sini kau berdiri berpijak di bumi
Menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau terfikir alam penuh rahsia
Anugerah yang Maha Esa

C/O: Berjalan bermusafirlah...
Melihat kebesaran Tuhan yang diciptakan untuk
Mereka yang berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia

Izzat: Tiada beza warna kulit atau rupa
Yang ada hanya insan yang lemah...
Dengan satu tujuan mencari keredhaan
Dan berbudi di bumi Tuhan...

C/O:
Bridge: Faizal: Fikirkanlah...ke mana arah kita
Renungilah...ooo
Hikmah kembara menuju kasih
Buktikan cinta kita kepadaNya...
Ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah...
tuk melihat kebesaranNya
Lantas berfikir dan bersyukur
Di atas nikmat dan kurniaNya
Nilai harganya iman dan taqwa
Bagi hamba yang setia.


Lagu: Firdaus Mahmud
Lirik: Syah Rizal Mohamed, Muhammad Akmaluddin Samsudin
Producer: Syah Rizal Mohamed
Vocal Arrangement: Mirwana
Music Arrangement: Firdaus Mahmud

Tuesday,May 16 2006, 08:19:52 AMSelamat Hari Guru

teacher2Tanggal 16 Mei merupakan hari guru yang disambut pada setiap tahun di Malaysia untuk kita mengingati guru-guru yang telah banyak berjasa pada kita..

Di kesempatan ini, aku nak wish selamat hari guru kat semua guru-guru di dunia.. hehehe.. berkat guru-guru ni la kita belajar menulis dan membaca.. Guru ni boleh dikategorikan guru formal dan tak formal..

Guru formal ni guru yang di bayar gaji oleh badan tertentu untuk memberi pendidikan pada kita seperti cikgu sekolah, pensyarah atau cikgu tuisyen..

Guru tak formal pulak adalah member2 kita yang tolong ajar.. mak,bapak kita dan sape2 je la yang pernah beri tunjuk ajar kat kita..

Rindu kata ayat ni.. "Terima kasih Cikgu"

Dah lama pulak rasanya tak angkat tangan untuk jawab atau tanya soklan.. Ok la.. Dalam banyak-banyak cikgu yang mengajar mesti kita akan teringat pada 5-10 guru yang betul-betul kita ingat dan memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita.. ok la.. at least sorang dua kan.. huhuhu..

Cikgu yang paling aku ingat sekali adalah cikgu kelas aku masa aku darjah 5. Nama cikgu ni.. Cikgu Amir.. Cikgu ni, time dia ada mood.. dia ngajar.. time takde mood, dia belanja satu kelas minum air bergas.. tak pun ais krim.. memang best betul.

Pernah gak dia buat aktiviti tengok toyol.. siap pesan bawak minyak attar lagi.. tapi buat tengah hari buta.. siap tutup semua tingkap bagi gelap.. saper2 yang takut, di benarkan pi main kat padang sekolah.. aku la tu termasuk.. budak kecik.. rupanya dia dah pakat ngan sorang budak kat kelas aku utk menyamar jadi toyol.. hampeh betul..

Dia pernah gak masuk2 kelas jer bercerita.. pastu.. dia kata.. " ok , sekarang bukak buku dan tulis balik cerita yang cikgu baca tadi.. tak melebihi 80 patah perkataan.." kira dia ajar kitaorang buat rumusan camtu.. bagus betul.. mula la pening nak mengingat ape yang dia cerita.. Satu komen yang aku tak pernah luper, dia tulih dalam buku rumusan aku tentang rumusan cerita tu..

" Kebolehan Mendengar dan Memaham adalah Baik".. hak hak..

Cikgu Amir.. U rock!

Friday,May 12 2006, 05:49:09 AMHardtack teacher and Sugar Candies

Hardtack teacher and sugar candies.. cerita korea kat tv7.. baru nak tayang.. aku dah tgk VCD dia.. he he

2005041276128Lou Pu Ti.. nama yang cukup popular dan dikenali ramai di sekolahnyer. Ini kerana beliau dikenali sebagai samseng sekolah dan didenda 300 sebatan dan dibuang sekolah kerana mencekik dan mematahkan rotan cikgunye. Setelah dibuang sekolah, beliau belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajiannya dalam bidang perguruan untuk kembali mengajar di sekolah lamanya. Ini kerana semasa dia kat sekolah tu, dia dah jatuh cinta kat cikgu yang mengajar mata pelajaran lukisan. Sebenarnya, cikgu tu pun suka kat dia.

Oleh kerana beliau merupakan satu-satunyer pelajar yang gengster kat sekolah tu, cikgu penolong kat sekolah tu memanggil pelajar-pelajar dengil dengan nama 'Pu Ti' sempena nama beliau. Cikgu penolong ni la yang kena cekik dengan Pu Ti dulu dan beliau juga bertanggungjawab mengambil tenaga pengajar baru. Semasa proses temuduga, Pu ti gagal kerana sebaik sahaja guru penolong nampak muka beliau.. dia serta merta naik angin dan menggelar beliau samseng dan tak sesuai jadi cikgu.

Cikgu lukisan plak sedaya upaya cuba masukkan Pu Ti sebagai guru pengajar di sekolah. Kalau nak tahu.. cikgu lukisan tu merupakan salah seorang pemilik sekolah tersebut. Kakak dia yang jadi pengerusi sekolah. So dia amik kesempatan ni utk tolong Pu Ti supaya Pu Ti ada dekat dengan dia.

Tapi Cikgu ni lembab sket.. terlalu baik sangat utk pu ti..

Pu Ti telah dibenarkan masuk mengajar bekas sekolahnyer dengan satu syarat.. Dia mesti memerhatikan seorang pelajar lelaki samseng yang bernama Tai Ren. Mamat ni gengster giler sampai buli Pu Ti giler2 nyer dan akhirnya dia jatuh cinta pada Pu Ti. Tapi cikgu lukisan itu akhir menjalinkan ikatan cinta ngan Pu Ti.  Aksi pu Ti ngan student dia ni kelakar and fun to watch.. kisah budak sekolah menengah jatuh cinta ngan cikgu sendiri.. nice but romantic.

2005041276128

Apa yang merumitkan keadaan adalah Tai Ren ni sebenarnya merupakan anak saudara Cikgu lukisan ni. Beliau nakal kerana mahu perhatian.. Dihalau balik ke korea selepas buat hal kat US. Sampai kat korea, degil nak mampus. Mak beliau mati bunuh diri. Ayah beliau kawin lain. Beliau di bela oleh ayah dan ibu tirinyer.. tapi tanpa kasih sayang. Ayah dia selalu suka nak belasah dia. Cikgu lukisan/ pakcik dia ni la selalu tolong dia. Hari perkahwinan antara cikgu lukisan ni ngan Pu Ti hampir tiba. Tapi oleh kerana banyak kesukaran mereka bercadang untuk menetap di luar negara seketika..2005041276128

Tai Ren" pak cik jangan terlalu tamak.. tinggal la di sini.. saya rela dia kawin dengan pakcik asalkan saya boleh melihatnya setiap hari.. itu sudah cukup!"

sedih pulak.. Pu Ti ni plak.. secara beransur-ansur mula suka kat Tai Ren.. Tai ren ni gentlemen sket kalau nak dibandingkan ngan pakcik dia yang hampeh dan agak lembab itu..

Pu Ti akhirnya batalkan perkahwinan tu.. dan semua orang bawa diri masing..

Setahun lepas tu.. mereka semua bertemu.. masa tu baru la Tai ren tahu sebab perkahwinan Pu Ti di batalkan.. sebab DIA! Dia gembira sangat..

Setelah puas berusaha dan memujuk kembali keluarganya.. akhir nyer Pu Ti dan Tai Ren berkahwin..

End Of The Story..

<<Previous 1 2 Next >>