Journals
Tuesday,Jun 27 2006, 08:04:12 AMhai
Hai korang semua..
Lama nyer rasa tak ngupdate.. hm.. sibuk sket.. pastu sekarang ni CEO baru nak masuk.. so terkejar2 sikit la nak wat kerja.. Tetiba semalam dapat mesej dari adik roy.. hmm ingat jugak kak ain yek.. hahaha.. nice..
Oh.. by the way.. to all mimosian.. tak lama lagi sukan mimos.. bermula ngan acara baling dart.. Hopefully everybody can enjoy themselves. Dengar nyer ade 2 -3 orang nak masuk bowling tahun ni dari geng2 kita.. termasuk aku sekali la tuh.. hahaha.. Wish all of you the best in what ever sports that you're in... kepada yang kena pi pemilihan tu.. buat betul-betul la masa pemilihan nanti.. lastly nak share one website that is so cute..
http://dingo.care-mail.com/cards/flash/5407/ilikeyou.swf
Wednesday,Jun 14 2006, 05:15:42 AMPetua murahkan rezeki dan dijauhkan kesulitan
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya .
Fikir-fikirkanlah.
Monday,Jun 12 2006, 05:39:30 AMLepas geram
Wishing that this week is better than last week.. 
Quite a stressfull week last week. I don't even have a chance to update here. Last week, I did someone a favor which turn out to be me.. being bullied.. Tension tul.. sampai pening kepala aku.. tak sangka sungguh itu barulah permulaan.. yang ni tak yah cite la.. bagi yang dah tau tu.. korang memang la tau betapa tension nyer aku..
Aku di kejutkan pulak oleh sorang lagi kakak ni.. Ajak aku kuar, katanya nak belanja pasal lama tak jumpa.. So, aku pun agree la.. memang lama tak jumpa.. Dia come and pick me up. Aku pelik gak pasal akak ni setau aku ada baby semua.. so, ajak aku kuar memalam ni.. tak pe ker.. rupanya, aku kena trick. Sekali dia bawak aku pi dengar ceramah Multilevel Marketing la pulak.. Dah la siang hari tu training, dengar trainer duk berceloteh sehari suntuk. Malam plak dengar orang duk cerita pasal MLM. Lama gak ceramah dia.. dekat kul 11 lebih baru abih. Jauh lak tu, kat kota damansara. Tak yah la aku beritau nama company MLM dia.. kang kena saman laks.. huhuhuhu.. tapi aku tension pasal kena trick. Aku dah la letih.. ingat sekejap je nak kuar gi makan ngan kakak tu.. ye la.. nk mengupdate perkembangan memasing.. tak sangka rupanya ada udang di sebalik mee.. cis.. dekat 1 pagi baru aku dapat jejak umah.. dah la waktu dia bawa aku kuar tu, aku tak makan lagi.. sampai sana terus dengar ceramah.. lapar gile sampai kul 11 lebih. Aku geram betul sebenarnya orang jualan langsung duk meng 'trick'2 orang ni..
no offense yek.. tapi aku memang tak suka cara ni sbenarnya.. Malam tu.. siap paksa keluarkan KP lagi suh jadi member.. sorry arr.. aku tak mo! aku mmg tak suka cara paksa2 ngan trick2 ni.. kalau cite elok2, ajak elok2.. maybe la.. lepas tu utk jadi member kena bayar. Siap mintak kad kredit lagi, nak tolong swap.. kalau ada barang kemas, leh gadai kat situ jugak.. sabor jer.. bukan sikit2.. 4K lak tu.. isk..isk.. isk.. kepada yang ada niat tu.. tolong arr.. jangan ajak aku.. tension.. aku ni bukan rajin pun nak buat jualan langsung ni.. pulak tu kena pi kelas marketing malam2.. nak cari orang, jual barang.. tak kira la kalau dapat 2k sebulan ker.. aku malas.. baik duk kat umah rehat.. pelik aku orang kat sini duk tinggal anak ngan husband kat umah.. ngan pengasuh la.. tak bleh la kalau aku.. Orang mungkin kata desakan hidup.. tapi kalau yg keje gaji rendah tu aku leh terima arr.. tapi kalau gaji dah tinggi pun.. sampai benti keje.. gaji dah elok semua.. kalau.. isk.. kang panjang pulak.. aku stop kat sini.. yang pasti aku geram..
Tempat kerja plak.. asik meeting.. pastu sibuk nak cari salah orang sebab tak siap.. padahal.. malas la nak citer.. ada la orang tu kan..
geram betul aku last week... ngan member , ngan kakak tu.. ngan 'org tu' .. isk isk .. geram2..
Thursday,Jun 1 2006, 11:03:31 AMHappinest
Kegembiraan.. happinest..
Orang kata kita hidup mesti gembira.. sebab kalau kita gembira.. kita juga merasa bahagia. Tapi camner yek nak gembira? Rasanyer salah satu cara adalah melalui rasa bersyukur atas segala yang kita ada.. sebab tak semua orang dapat ape yang kita dapat..
Anda seharusnya bergembira kerana...
Jika anda bangun pagi dengan sihat dan sejahtera maka anda bertuah dari berjuta orang dimuka bumi ini yang tak mampu bangun dalam keadaan sihat.
Jika anda tak pernah alami perang, keseorangan dalam penjawa dan kebuluran.. maka anda dihadapan lebih dari 20 juta manusia di dunia ni
Kalau ade peti sejuk, bumbung atas kepala dan tampat untuk merebahkan diri untuk tidur dan berteduh.. maka anda sebenarnya lebih kaya dari 75 % manusia di dunia..
Kalau ada simpan duit dalam bank, ada duit dalam dompet.. boleh makan tempat yang ada suka.. maka anda dalam top 8% manusia terkaya di bumi (ye ker?.. hmmm)
Kalau anda boleh mengangkat muka anda dengan penuh senyuman.. kemudian merasa bersyukur atas segalanya.. maka anda sebenarnya di rahmati kerana ramai yang boleh melakukannye tetapi mereka tidak buat (sebab kureng di rahmati kut.. huhuhuhuhu)
Jika anda masih boleh membaca maka anda tergolong dalam golongan 2 bilion manusia.. yang tak tahu membaca langsung.. hmmm .. interesting kan?
Kesimpulannya... Kegembiraan sebenarnya adalah cara seseorang itu memandang kehidupan dirinya sendiri.. tul kan?
Notes:
If happiness is a skill set, then you can learn to be happier. Some people seem to be born happy. This may be true. Or perhaps these "happier" people have simply already learned these happiness skills through their interactions, through reading, or by having a keen perception into human nature. Whatever the case, their happiness is something you can learn from and achieve for yourself. In fact, if you know someone who seems very happy, they'll most likely be happy to advise you if you ask them about their outlook on life. 
Want to know the level of your happinest.. take this test...
http://web.tickle.com/tests/happiness/?test=happinessogt (Seven Secrets to a Happy Life)
P/s: I felt happier after taking this test.. "Ain, currently your happiness baseline is 81, which is higher than 93 percent of the other people who took The Happiness Test." best, best! 

