Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Wednesday,Jul 26 2006, 11:17:13 AMNaruto

                     Naruto.. Sekarang ni aku macam teraddicted dengan kartun animasi ni.. rupa-rupanyer kat opis ni bukan aku sorang jer peminat dia, ramai jer.. bile dapat tahu sesaper yang collect cerita ni, mula la ada yang bertanya "ko ada episod berapa?" hahaha.. aku sampai dah kenal semua pengumpul koleksi cerita ni.. baru aku tahu adenyer "kelab maya" untuk peminat-peminat ni.. Ada gak yang pernah kantoi ngan bos tengok cerita ni.. hahaha.. Aku plak hanya tengok time lunch ngan lepas opis hour jer.. ye la.. kerja memang tengah banyak giler.. kekadang tu aku meng 'ignore' jer kerja waktu lunch, pasal dah tak larat nak tengok.. tu yang layan Naruto tu.. sempat la tengok satu episod sehari..

Kalau nak tunggu kat TV memang lambat giler la. Kalau tak silap aku, baru episod 80 lebih kut kat TV tuh. Dalam pada pengumpul-pengumpul cerita naruto ni ghairah mengumpul dan mengikuti ctory ni.. ada gak suara-suara halus.. " hai, dah besar pun tengok kartun lagi ker?" Aku jawab senang jer "Ha'ah".. Salah ker tengok kartun kalau dah besar? Kartun yang aku layan pun biasanya ada story line bukan ada walldisney or woody woodpecker ker kan.. layan..

Ok la.. berbalik pada Naruto. Kartun ni mengisahkan pasal seorang budak yang bernama Naruto. Budak ni tinggal kat daerah Kanoha. Latar belakang cerita kartun ni agak mistik dan berbeza dari dunia kita. Cerita pasal Ninja mengunakan chakra (tenaga batin kalau bahasa melayu nyer) dengan gabungan teknik-teknik ninja dalam menentang musuh.

Naruto ni seorang budak kecik yang bercita-cita tinggi dan berusaha gigih untuk menjadi ketua (Hokage). Hokage ni merupakan watak ketua yang hebat la.. Hanya sesorang yang sangat powerful jer boleh dapat title ni. Hokage ni amat disegani dan dihormati oleh semua orang dalam kampung dia. Dan itulah yang Naruto ni nak.. disegani dan dihormati. Naruto ni sebenarnyer kesian.. kesian ker? beruntung pun ada gak.. Masa Naruto ni baby lagi. Hokage yang berkuasa masa zaman tu melawan musuh yang sangat kuat (seekor musang berekor sembilan - Nine-tail fox). Dia guna teknik amik semangat la.. lebih kurang. Teknik ni sangat merbahaya kerana once dah buat teknik ni, dia akan mati. Oleh kerana musuh tu susah dibunuh, beliau terpaksa mengorbankan nyawa beliau dengan mengambil semangat dalaman musuh ni. Semangat ini di ambil dan dikunci masuk ke dalam perut Naruto.

Oleh kerana kuasa ni sangat la jahatnya, semua orang benci Naruto dan pandang dengan pandangan yang sangat jelik. Kesian dia.. Tapi dalam pada tu, dia plak cuba-cuba belajar menggunakan tenaga batin yang dimiliki oleh fox itu. Kuat oo.. fox tu.. tapi dapatkan dia menggunakan kuasa itu tanpa terpengaruh ke arah kejahatan? bagaimanakah kesudahannyer? yaa...

Saksikan la pengalaman Naruto dalam menambahkan teknik Ninjanyer dan semangat nye dalam mencapai cite-citenyer.. chewah.. promote la pulak.. Aku tak kisah pun ending dia.. tapi watak tu sendiri aku suka.. enjoy watching every episod.. hahaha.. layan... "Kage Bunshi no jutsu.."

;)

Tuesday,Jul 11 2006, 10:28:00 AMOpis & WC

Minggu ni sbuk sket bagi seme orang. Maklumla dpt super visor baru. Termasuk la.. jiran partition aku yang malas nih.. hehehe.. jangan marah aa..

Bukannya aper, bos aku ada amik 2 worker baru. Dua-duanya expert dari negara India.. bagus gak le dia kerja.. at least kalau kita tanya, dia bleh la jawab.. Hmm.. setakat ni depa berdua berkerja dengan penuh tekun.. sorang dari pada diorang ni duk across aku.. tinggi giler mamat ni 192 cm.. sikit lagi kepala dia nak kena pintu. Tanya soklan macam-macam. Dalam dua hingga tiga hari jer diorang dah bleh agak aper yang berlaku dan plan for the future.

Kehadiran depa berdua ni setidak-tidak nyer melegakan bos aku yang duk panas 'pu*****g' akibat dari tekanan CEO baru yang aku rasa know what he was doing in here. Aku plak.. terus ngan cara aku.. lantak la.. aper nak jadi jadi la.. asal kerja aku siap.. hehehe..

Baru seminggu kerja dah datang hari sabtu untuk wat kerja.. walaupun sabtu kat sini cuti.. bak kate apek.. 'suspek' betul la.. Camne aku tahu depa datang hari sabtu yek? (hahaha.. kes masuk bakul angkat sendiri la ni)

Ape pendapat korang tentang WC baru ni.. hmm very interesting.. kalau orang ramai buat taruhan kat internet tu mesti ramai yang giler.. pasal brazil tak masuk semi.. german tak masuk final.. Zeadan kena buang padang.. macam-macam jadi.. Nasib la Itali menang.. hehehe.. aku suka gak itali menang walaupun Zeadan nyer corak permainan bagus.. tapi barisan pertahanan Itali memang kuat la.. patut la diorang selalu masuk Final..

Ramai antara peminat bola kat sini cuti masa hari Isnin time final tu.. maklum la .. nak tido.. siap main masa tambahan lagi.. sampai kul 5.00 pagi. Yang bestnyer.. baik plak bos aku bagi orang cuti reramai.. musykil gak tuh..

Apapun.. selamat bekerja kawan-kawanku.. hehehehe

Thursday,Jul 6 2006, 08:23:46 AMGenerasiku..

Sempena WC ni.. kita bagi satu lagu yang selalu main untuk drama bersiri Gol & Gincu..
Layan.....
Generasiku - OAG

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
pasti dunia ku yang punya di hari ini
bersama kawan-kawan ku pergi
ketawa riang senang hati
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
oooo.....16X
nanana

malam ini bertemu di pesta
berdebar membalas senyumannya
manisnya oh jatuh cinta kali pertama
bersama menitiskan impian
cinta, cita-cita dan harapan
di usia ini... tiada yang tak mungkin
oh sayang

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
jangan gentar mengejar mimpi
yakin berani percaya diri
dan mula dengan hello
ooo...oooo
ooo...oooo

jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun melangkah lagi
ke depan, lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentu
arah hidupmu yeah...
oooo.....16X

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
oooo.....16X

segalanya dalam genggaman(oooo...)
hidup ini...
generasiku...