Journals
Monday,Aug 21 2006, 05:34:52 AMNazaliza's wedding..
Pergh,.. penat giler weekend hari tu.. pi kenduri umah Nazaliza. Jauh.. drive tukar-tukar pun still rasa lagi penat dia.. balik tu.. penat gile. Balik hari plak tu. Perkahwinan member aku ni kat kota tinggi area felda. Biler sebut felda tu paham jela.. jalan sehala and most of the time kena ikut belakang lori.. tapi tak pe la. Nak harap hari lain, tak pi dah kut umah member aku sorang ni.. hehehe.. jangan marah aa.. Naza. Perjalanan amik masa 5 jam kalau bertolak dari bukit Jalil.
Kat sini aku attach gambar masa wedding dia dan perjalanan kami..
Enjoy..
Tuesday,Aug 8 2006, 12:07:53 PMHepi Birthday To ME!! hehehe
Happy Birthday to Me,
Tahun ni aku dapat few message a day early.. Best Best.. Ada gaks yang ingat.. thanks you guys..
Thanks to My wonderful housemate.. Rohana... belanje makan lunch.. hehehe..
Thanks for all warm wishes from all. Really Appreciate it!
Tahun ni dalam kegembiraan sambut birthday, tak leh nak celebrate sangat pasal kerja banyak gilos.. dah kul 800pm ni.. still kat opis lagi.. macam ni la kalau nak kejar dateline.. well at least once a year or two.. but this time it falls on my birthday..
Tak leh wat per la tu..
Anyway, hoping all of you the best in what ever you are doing. Live happily ever after.
Terimala.. "Teman tapi Mesra" .. nice song.. for.. :)
Teman Tapi Mesra Oleh : RATU
Aku punya teman
Teman sepermainan
Kemana ada dia selalu ada aku
Juga baik hati
Dia selalu ada waktu
Untuk membantuku
Namun aku bingung
Ketika dia bilang cinta
Dan dia kataka
Tuk ingin jadi kekasihku
Cukuplaha saja berteman denganku
Janganlah kau meminta lebih
Ku tak mungkin mencintaimu
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja
Teman tapi mesra
Tuesday,Aug 1 2006, 10:23:33 AMArtikel : Kenapa yahudi 'menang'
Artikel buat renungan...
Mungkin subjek title di atas agak kasar, tapi petikan di bawah boleh membantu memberi kefahaman dan iktibar untuk kita. Petikan di ambil dari Forum Kampung.
p/s: Mungkin sesekali perlu mendengar forum2 perdana di TV1, setiap malam jumaat (9.30 mlm) dan Halaqah di TV9 setiap malam ahad (9.00 mlm). Esp pada sesiapa yang tiada kesempatan untuk ke surau, masjid bagi menghadiri usrah. J
Malam tadi kat tadi kat TV9 ada rancangan Halaqah, yg di pengerusikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman, panel jemputan dia aku lupa pulak namnaya, tapi pensyarah UIA yg selalu keluar TV tu, dgn Pensyarah UISelangor, Ustaz Ravi (convert).
So, diorang diskas mengenai yahudi yg melampau skang ni terhadap orang islam.
Dalam konteks ni, kedua2 ustaz jemputan tu telah menunjukan something yg aku jarang tgk di kaca tv. Iaitu penerangan mendalam mengenai -iman yakin terhadap kuasa Allah! Sebab selalunya kat TV ni ustaz2 akan citer pasal kena ada senjata kuatlah, teknologi lah..tapi malam tadi, cukup berlainan. Terasa kekuasaan Allah Taala yg boleh mengubah segala keadaan dunia sekarang ni.
Antara bende yg di kupas semalam adalah mengenai kenapa umat islam di tindas skang ni.
Ustaz UIA tu suruh kita kenang kembali peristiwa masa Nabi s.a.w nak sebarkan islam. Berapa belas tahun kah yang Allah s.w.t 'susah'kan Nabi s.a.w dengan pelbagai ujian?
Dan pada suatu hari, (hari Israk Mikraj), Allah telah 'memujuk' Nabi s.a.w dgn menaikan baginda ke langit..Dan Allah s.a.w telah memuliakan Nabi s.a.w.
Ustaz tu jugak citer satu fakta/sejarah menarik yang aku tak pernah dgr sebelum ni. Dia kata, masa nabi solat di masjidil Aqsa, punya mulianya Nabi kita, Allah bangkitkan kesemua Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu dan menjadi makmum dalam solat tu, serta Nabi S.A.W menjadi imamnya. (point dia- kalau nabi-nabi yahudi ni pun boleh menjadi makmum belakang nabi kita, kenapa umat nabi2 tu (yahudi) takleh nak ikut ajaran Nabi Muhamad S.a.w?
Dan berbalik pada kisah berbelas tahun Nabi s.a.w di uji, dan pada akhirnya, Islam menag jua.Iaitu setelah uma islam mencapai satu 'piawaian' yg di kehendaki oleh Allah. Dlm konteks ni, piawaian yg dimaksdukan adalah 'Iman/Yakin' pada Allah dan Nabi s.a.w.
Jadi, ustaz tu menerangkan, sama jugak dgn kita. Skang ni memang nampak kita di tindas oleh yahudi. Tapi, kalau Allah nak bagi menang,Kun Fa Ya Kun je. Cuma, adakah kualiti kita umat islam ni menepati piawaian yg di tetapkan?
Ustaz tu jugak citer, Hak menjaga masjidil Aqsa, adalah sama dgn hak menjaga masjidil Haram.Iaitu, kita tgk, kalau masjidil haram cuba di sentuh, satu dunia dah bising, tapi untuk masjidil aqsa, kenapa sampai kena mcm skang ni?
Dia juga menyebut, Yusof Qardhawi dalam satu khtbah dia menyebut "Kesilapan umat islam zaman ini adalah, kita tak di terapkan perasaan sayang kepada Masjidil al-aqsa sama mcm sayangnya kita pada masjidil Haram"
So, tiba giliran ustaz ravi pula untuk menupas hal tu. Dia kata, macam mana kita nak menjaga masjidil haram/masjidil aqsa? Mampukah kita? kalau nak tgk kemampuan kita menjaga masjid2 besar ni, kita tgk dulu kemampuan kita menjaga masjid yg ada di kawsan rumah kita. Semayang subuh pun 5 orang, camna Allah nak bagi menang?
Dia kata lagi, Ada satu hadis " Umat ini (islam) tidak akan berjaya selagi solat subuhnya berjemaahnya belum seramai solat jumaatnya" (mahfum hadis).
So, maksud hadis tersebut adalah, bukan setakat satu atau dua masjid yg perlu bersifat demikian, malah satu dunia punya masjid kena ada kriteria tu! Dan akhir zaman ni, kalau tak silap aku, 1/3 jumlah dari solat jumaat pun, aku rasa Allah dah terima..cuma bila kita nak buat?
Yakin tak janji Nabi s.a.w (bila kita penuhkan saf2 solat subuh berjemaah mcm solat jumaat, nescaya boleh menang)

