Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Monday,Oct 16 2006, 03:04:56 AMSelamat Hari Raye..


--- Find the others only on Babaflash.com ---
--- Supported by BukuKita.com ---

Thursday,Oct 12 2006, 02:30:15 AMSolat Ist..

Selain dari solat fardhu, solat-solat sunat boleh menambahkan pahala yang banyak di dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Sesekali terimbas sebuah cerita Indonesia yang bertajuk 'Kiamat Sudah Dekat' di tayangkan di TV 9 dalam bulan ni. Bagaimana wujudnye segelintir manusia yang berugama islam yang berada tetapi tidak pernah solat. Keluarga ini di sedarkan oleh anak lelaki mereka yang jatuh cinta pada seorang gadis yang alim. Inilah yang dikatakan rahmat dari Allah, sekurang-kurangnya Allah memberi petunjuk dan hidayah dengan caraNya yang tersendiri.. Unik..

Dalam bulan ramadhan ini, kita di perkenalkan lagi dengan satu solat sunat khas selepas isyak yang dikerjakan secara berjemaah iaitu solat sunat terawih. Di samping meningkatkan pahala, solat ini juga memberi keringanan kepada badan kita yang selesai berehat setelah menjamah makanan yang memberatkan badan. Dalam erti kata lain, selesa sikitla badan kalau lepas solat ni compare ngan tidur dalam kekenyangan. Teringat plak majlis berbuka posa semalam..selit sekejapla..  Though it is short. It is worth it. Majlis berlangsung di Pizza Hut Bandar Putri. Dihadiri oleh Azman, Aku, Khairol, Lizeer, Suhaimi, Fizah, Husni dan Sulas. Thanks you guys for the lovely evening. :)

Okla.. berbalik pada topic asal kita.. Solat.

Salah satu solat sunat yang paling intresting bagi aku ialah solat sunat Is.. ti.. kharah.. he he.. Solat ni memberi kita, umat islam peluang untuk membuat sebarang keputusan apabile kita tiba dalam sebuah persimpangan yang mana kita tidak tahu jalan yang harus kita pilih. Contohnye bisnes ape nak buat, or wajarkah kite menerima/membuat sesuatu atau pun memilih barang. Tapi kebanyakkan masyarakat menggunakan kemudahan solat ini dalam soal memilih jodoh. Sama ada untuk menerima seseorang atau pun tidak atau untuk memilih satu antara dua atau antara seribu...hahahaha.. Mengingatkan aku pada satu siri ceramah dari Ustaz Hassan Din Al-Hafiz. Kata nya solat ini memberi ruang utk kita meminta Allah memilihkan jalan untuk kita kerana Dialah yang Maha Mengetahui atas sesuatu yang baik diantara yang lainnyer.

Katanya lagi, para ahli ulama berpendapat bahawa solat ini dikerjakan maximum 7 kali sahaja, pasti dapat jawapannye. Kalau seseorang itu benar-benar memohon, sekali jer dah bleh dapat sebenarnya. Katanya la.. Ianya akan diberi petunjuk sama ada dari segi mimpi ataupun rasa hati yang berat ke arah satu berbanding yang satu lagi. Atau pun tiba-tiba dia merasa ada yang tak kena pada satu berbanding yang satu lagi.. Hmm.. menarik kan? Ada jugak aku try.. memang terserlah lah jawapannye.. Memang menarik.

:) Cool..

Monday,Oct 9 2006, 06:25:26 AMMenyambut Puasa

Sambutan puasa agak meriah, sama seperti tahun-tahun sebelum ni.. rata-rata menyediakan juadah yang membuka selera.. Tak kurang juga surau-surau yang menyediakan bubur lambuk selaku makanan tradisi masyarakat Malaysia yang sinonim dengan bulan Ramadhan..

Bagi kanak-kanak, ada gak yang baru-baru belajar berpuasa. Ini termasuk la anak sedara aku yang berusia 5 tahun. So far, dapat la lebih seminggu dia berpuasa. Kagum betul melihat kegigihan dia berpuasa..

Dalam keghairahan menyambut ramadhan, kita berusaha memelihara diri kita agar tidak mengurangi pahala berpuasa. Tahan marah sampai rasa nak menangis atau mengambil keputusan berdiam diri. Tahan lapar dan dahaga. Tahan mengumpat dsb.. tapi kadang-kadang kalau dah geram.. isk isk.. memang tak leh buat per.. trlepas jugak mengumpat..

Kat sini aku pun rasa cam nak lepas geram jugak.. tak bleh la nak simpan.. rasa cam nak meletop ni ha.. hehehehe.. Citer bab lepas geram ni.. ada gak sampai sesetengah pihak cuba nak pantau blog2 ni bagi mengelakkan sebarang unsur yang tak sihat disebarkan pada masyarakat. Tapi pada aku, itu hak individu.. apapun terpulanglah pada pembaca untuk menilai.. hak hak..

Ok.. berbalik pada lepas geram tadi.. Bulan-bulan posa ni tak baik la nak marah-marah.. tapi seorang individu yang dianggap mmg superb skill nyer.. di hire oleh bos aku baru-baru ni. Lagak macam terrer.. memang terrer pun agaknyer.. tapi cerewet betul.. Baru-baru ni, kitaorang ada start project baru. So, ada la few design yang kena buat.. Bile bagi design jer suh buat.. "oo.. I tak leh buat.. too compleks.. tak boleh siap" .. so aku fikir, maybe la kut.. tah.. tetiba bos aku suh aku amik 1 daripada design dia.. tak pe lagi.. then, dia datang jumpa aku cakap " oo.. u amik 2 design ni.." .. bengang aku... bile jumpa bos.. bos aku kate " ok, take his block but you can expand your schedule".. so ok la..

Tau-tau je.. ada 2 lagi design yang dia kena wat, dia pass kat orang lain.. pelik aku.. ape jer yang tinggal kat dia? alasan biasa "too complexs.. cannot finish in time" huh..  abis orang lain? kitaorang ni dah ada kerja masing-masing walhal dia mmg diberi full time buat design jer.. tak yah buat menda lain. tu pun tak leh siap? Tapi bergelar 'expert' di mata bos aku.. Aku sendiri tak paham apa yang orang nampak kat dia ni..

Hari ni dia panggil aku.. Dia kata tak mo buat mapping yang pada aku, simple nak mampus.. nak suh aku buat lagi.. Aku memang bengang tahap agungnye ngan mamat ni.. pastu ego semacam.. macam aku tak paham la menda yang ko buat tu.. setakat ape yang ko buat tu.. tak de la susah mana nak compare ngan few designer kat sini yang buat design compleks + kerja-kerja testing yang lain.. Setakat kira berapa bit masuk block.. letak counter je.. udah le.. isk isk.. dah terangkan pun, still kata compleks.. aku pun tak paham ape yang kompleks sgt.. macam tak pernah buat design..

Ini ke orangnyer? .. the one so-call 'experts' by my boss..

geramnyer aku.. nasib bulan posa.. sabor.. sabor..