Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Tuesday,Nov 7 2006, 04:20:39 AMRaye tahun ni

Fireworks

Haiyii.. hehhe.. lama dah rasanye tak mencoretkan aper2 kat sini.. sibuk sket la sejak balik cuti ni.. kerja bagai mencurah-curah.. ingin jadi cam daun keladi.. tak basah walaupun dicurah-curah.. hmm.. tapi tu la..

Anyway, Citer sket pasal raya baru ni.. Raye memangla waktu yang paling sesuai untuk semua orang mengujungi antara satu sama lain dan mengeratkan silaturrahim. Seperti tahun-tahun sebelum nyer.. aku beraya di kampung kelahiran mak aku di Pahang Darul Makmur.

Memandangkan rumah yang dibina 'hand made' oleh my own father telah siap.. maka, kitaorang beraya tahun ni di rumah baru. Rasa kagum plak tengok rumah tu.. begitu luas. Asas yang di dirikan oleh ayah aku sorang diri. Terpikir plak aku macam mana dia menaikkan bumbung rumah yang sebegitu luas tanpa bantuan sesiapa dalam usia mencecah hampir 60 tahun. Hajatnye nak melihat kami beraya dirumah tu tahun ini telah tercapai. Pesan arwah atuk untuk bapa aku agar mendirikan rumah baru di tapak rumah lamanya dah terlaksana. Sesekali ada juga tangan yang membantu menyusun bata dan memplaster rumah. Tapi bantuan tak banyak, maklumla.. semua nya sibuk dengan kerja di Kuala Lumpur. Hasilnya, sebuah rumah yang mempunyai 4 bilik, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu yang luas untuk kami semua berehat.

Tahun ni semua orang balik kampung. Kesemuanya 6 keluarga terdiri dari 30 orang. Pada hujung minggu, yakni seminggu sebelum raya.. beberapa tenaga kerja telah turun untuk memulakan tugas mengecat bahagian luar rumah. Pada minggu hari raya, tugas-tugas mengecat dalaman rumah dan ruang bilik di mulakan. Ambil masa lebih kurang 4 hari untuk menyiapkan keseluruhan ruang dalam rumah dengan 10 tenaga manusia. 2 hari sebelum raye, ada yang sibuk masuk ke hutan untuk mencari buluh-buluh yang bakal dijadikan lemang. Ada jugak bahagian yang berulang alik ke kedai untuk membeli ape-ape kekurangan yang diperlukan. Tak kurang juga kaum ibu-ibu yang sibuk menyediakan makanan dan minuman serta membuat persediaan untuk hari raye. Meriah sungguh rasaya tahun ni..

Bermaafan di pagi raye pertama.. dan malamnya.. mercun cam gambar kat atas tu dilepaskan sebanyak 32 das tembakan bagi merasmikan kedudukan kami di sini. Dengan mainan bunga api kanak-kanak. Tersangat la gembiranye raya tahun ni.. mana dapat mercun yek.. hehehhe.. adala..

Ooo luper lak.. Termasuk gak la aktiviti menonton CD Naruto
(Thanks to Fizah sebab tolong burn)

--This is Definately A Week to Remember--