Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Monday,May 21 2007, 04:22:03 AMSusah di miliki, payah dijaga

" Susah di Miliki, payah dijagaa..." - lemak merdu alunan lagu kumpulan hijazz berkumandang di radio IKIM.FM.. radio fav ku.. membawa aku ke satu cerita menarik berkaitan dengan sesuatu yang begitu susah untuk di miliki dan kalau dah dapat plak, payah di jaga.. iaitu.. hidayah..

Ok la.. motivational sket hari ni.. :P sekali-sekala santapan rohani ni perlu gaks.. dalam duk lepak-lepak ni kan.. hehhee.. lepak ker.. sbenarnye aku banyak kerja tapi sebab aku tgh makan hati ngan bos aku.. tu yang buat menda ni.. aku berapa hari ni agak rimas dengan permintaan merepek dia tu.. biasa la kan..

Berbalik kepada tajuk kita.. hidayah.. aku ada kenal sorang minah ni.. dulu selalu nampak dia gi pasar malam pakai t-shirt lengan pendek ringkas ngan tudung ikat kat belakang. Tak lama pastu dia di terima masuk Uni. Then dari situ aku nampak dia mula berubah, first dia dah tak pakai tudung dah tak ikat belakang, then few month later, dia start wearing socks. Hmm.. aku gembira dengan perubahan dia, then aku beranikan diri untuk tanya dia.. how can she become like that? Dia just senyum dan menjawab..

Selepas dia dapat tawaran masuk Uni, dia pernah menangis dan memarahi takdirnya. Kenapa la kursus yang di tawarkan bukan la dari bidang yang di pohon. Bile dia dah masuk Uni, dia seakan paham kenapa dia ditempatkan di situ. Ada hikmahnya.. dari segi pembelajaran, selalu aje ada orang datang membantu nye. So, dia terasa seperti di rahmati. Dia terfikir yang selama ni dia banyak mengabaikan suruhan Allah. (Tukar sket ayat.. bagi ala-ala sastera gitu.. baru syahdu sket baca.. : p) .. Tak cukup solat semua. Tetiba, one day dia terjumpa sehelai kertas, mengandungi cara-cara utk solat menggantikan semua solat yang kita dah tertinggal dan kira macam insaf. Kalau kita, maybe taubat nasuha. Dia kata dia tak tau solat sunat tu,  tapi yang dia ingat rakaatnya banayk dan sakit-sakit kaki jugak la dia mengerjakannya. Terpikir plak aku.. ada ke solat yang membolehkan kita menggantikan semua solat yang tertinggal? Dia kata, dia kurang pasti tapi katanya dalam keterangan panduan solat tu katenya mesti betul-betul telah menyesal dan takkan tinggal solat dah lepas tu.. Aku mintak artikel tu, dia kate dia tak tahu mana pegi dah artikel tu. Lepas dia kerja kan solat tu, artikel tu maybe dia salah letak sebab dia tak jumpa cari. Walaupun aku agak hairan mendengar semua tu, aku rasa mungkin itu la salah satu cara Allah untuk menyampaikan hidayahnya dan menyataka bahawa Dia tidak pernah menutup jalan kepada Hamba Nya utk bertaubat dan memohon keampunanan.

Tapi itula.. hidayah.. susah di miliki.. payah di jaga..

Wahai Tuhanku, jangan la Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau memberikannya hidayah dan petunjuk.. Amin..