Journals
Monday,Sep 17 2007, 04:13:46 AMSelamat Berpuasa

Kepada semua.. selamat berpuasa dan minta maaf bebanyak atas segala salah dan silap. Harap dimaafkan. Hmm.. bebaru ni ramai yang komplen episod bleach yang berulang kat TV3. Susah pe.. download jer episod terkini. Stream pun bleh kalau malas nak download. Latest episod 140. Best betul pasal uruhara pun berlawan gaks. Sesiapa yang baru mula nak tengok tu, korang bleh la skip episod 69-112 pasal tu filler jer. Episod lain tu kalau nak skip takut tak paham cerita jer. So, bleh tgk episod 1-68 pastu continue ngan episod 113-140 skrg ni.. by this wednesday, should be episod 141.
Okla, lama tak menulis. Biasa la memula tu cam rajin jer nak update ari2 pastu dah lama-lama cam jadi malas..orang kate hangat2 tahi ayam.. heheheh..
Ari ni sajer jer nak cerita-cerita pasal keikhlasan sempena bulan ramadhan yang mulia ni. Keikhlasan penting dalam menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat dalam hati dan sanubari. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan saudara terdekat atau sahabat handai. Contohnye pertolongan di beri kepada orang yang memerlukan haruslah ikhlas dan tidak mengharapkan aper2 balasan. Kate pendeknyer.. jangan la jadi orang yang kedekut. Jika kita tidak kedekut kepada manusia, nescaya Allah juga tidak akan kedekut dengan kite. Teringat pulak satu kisah dimana seorang miskin ni tak cukup duit utk pergi ke mana tah.. aku pun tak ingat.. haji ker.. kedai ke.. tak kisah la tu.. tapi dia perlukan duit tu sangat2.. ada la sorang hamba Allah ni hulur duit kat dia. Katanye, kebetulan aku memang mempunyai duit sebanyak itu dalam simpanan ku sekarang ini. Maka dia menyerahkan duit itu kepada si miskin tadi. Si miskin tadi bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada hamba Allah yang tadi.
Sebaik sahaja si miskin tu beredar, hamba Allah tadi memanjatkan syukur kepada Allah dengan berdoa lebih kurang camni "Ya Allah, aku bersyukur kerana telah memberikan rezekiMu kepada yang berhak dan gembira kerana Engkau telah mempercayai aku untuk menyimpan AmanatMu ini". Kenapa gaknyer? sebenarnya setiap rezeki yang ada di tangan kita tu bukan la hak kite sepenuhnye. ada jugak hak orang lain di dalam nye. Kalau kita tak serahkan kepada yang berhak, maka hak itu akan dia ambil oleh Allah dari segi yang lain seperti jatuh sakit(bayar bil hospital), kecurian, tercicir dan sebagainye. Jika kite berjaya menunaikan kewajipan kite, maka rezeki kite, Insya Allah akan melimpah ruah seperti kenaikan gaji, pangkat atau rezeki yang tak di sangka-sangka.
Berbalik kepada isu keikhlasan tadi, mesti ikhlas untuk berhubung dan mengeratkan silaturrahim. Jangan la bile nak buat jualan langsung baru la sibuk nak kenal sedara, nak contact sahabat lama. Sebelum-sebelum ni senyap. Apa pun tak cerita. Jelas disini ia hanyalah untuk kepentingan peribadi semata-mata. huhuhu..

