Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Wednesday,Oct 31 2007, 03:33:26 AMSang 'Motivasi'

Wahai sang 'motivasi', naik la engkau.. sesungguhnye aku penat memandang ko yang sangat rendah itu. Aku penat, tersangat penat. Kerja pun tak semangat bile aku lihat ko tersangat rendah.. 

 
Tapi aku tau.. ko jadi rendah disebabkan oleh permergian seekor buaya yang ko harap akan di ganti oleh manusia.. tetapi akhirnyer manusia itu rupanye seekor naga.. Naga yang bertopengkan manusia sehingga ko menjadi lemah tak bermaya.. Bukan saja aku, malah semua rakan taulan aku melihat rakan sang 'motivasi' mereka menjadi rendah semacam ko juga wahai rakan motivasi ku..

Tapi aku sedar jugak.. aku saja berupaya meninggikan ko kerana aku tau.. naga itu setiap hari mengetak kepala mu menjadi kamu semakin rendah.. maka ko perlu mencari jalan untuk mengelak sang naga dari bermaharajalela..

Adakah ko perlu lari dari naga meninggalkan dia terus menghenyak-henyak rakan 'motivasi' mu dari rakan-rakanmu? manakala ko terus lari bersama ku meninggalkan dan menyelamatkan motivasi ku sendiri?  Tapi sampai sekarang, aku masih mencari.. jalan-jalan keluar untuk lari.. tunggu la wahai 'motivasi' ku sehingga aku berjaya keluar .. sementara itu, aku rasa aku perlu menjaga mu.. mungkin perlu melawan sang naga untuk tidak mengetukmu.. atau perlu aku mengeraskan mu agar ketukkan naga tidak lagi memberi kesan kepada mu? Atau mungkin kah aku perlu membunuh sang naga atau menghalaunyer? kerana dengan cara itu.. aku bisa menyelamatkan sang 'motivasi' ku dan rakan sang motivasi yang lain? Sesungguhnyer itulah jalan yang paling sukar tetapi yang paling berkesan.. bukan setakat ko wahai sang 'motivasi'.. boleh kuselamat kan malah harta negara juga boleh aku usahakan utk menyelamatkan.. tapi aku hanya aku..  insan kerdil yang tidak berkuasa untuk melawan sang naga..

Haruskah aku bertahan atau pergi melarikan diri? Sesungguhnyer aku bukanla insan yang pentingkan diri.. tetapi aku tiada kuasa untuk mengatasinye.. aku perlu juga cari jalan keluar.. sama ada lari atau berlawan atau mungkin jugak menyorok?

Hidup penuh dengan dugaan.. selama ini sang 'motivasi' ku perlu bertahan.. dan aku terpaksa utk terus bertahan kerana aku masih belum berjumpa jalan penyelesaian yang boleh terus menyelamatkan sang motivasi.. keraskan dirimu wahai sang motivasi.. kuatkan azam mu sang 'motivasi' kerana aku pasti suatu hari nanti aku akan berjumpa jalan keluar yang bisa menyelamatkan kita berdua jika aku kuat berusaha.. aku berdoa pada yang Esa.. semoga kita di selamatkan suatu hari nanti.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. Apa yang perlu ada la kesabaran.. maka bersabarlah wahai sang 'motivasi'.. Insya Allah kesabaran itu akan di balas suatu hari nanti..


Tuesday,Oct 2 2007, 03:18:10 AMTazkirah ramadhan

Rasulullah bersabda :
Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petangnya pulang ke sarang dalam keadaan kenyang.” HR At Tirmidziy.

 

Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah menentukan bagi setiap sesuatu” QS 65:3.

Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”

Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya.

~just sharing~