Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Friday,Feb 29 2008, 12:42:38 AMAnother Farewell

It seems like a monthly occasion for November last year. Usually people do team building exercise on monthly basis but as for us, we do have our own kind of occasion.. the farewell party or should we name it as team un-building exercise :p

Let us see, starting the rally was laxmi farewell then siva prasad somewhere in september and October. Then the saga continues. Who will be leaving us next?

November : Ayman

December: Aishah & Farid

Januari: Jasrina

Februari: Ghada & Dr Ahmed

March: Sulastri

 

April: ??? 

This time, I am going to talk about the person who is leaving the team for this month of the year which is our ex-boss Dr Ahmed. Biasa la kalau jadi bos, mesti kene kutuk giler-gilernye bile ada perasaan yang tak puas hati.. Admit it.. saper penah suka boss 100%? tak de nye..

Ex-boss aku ni suka buat keputusan teknikal yang merepek-repek hingga menjejaskan hati dan sanubari serta menyusahkan semua pihak. Tapi setelah beberapa lama dia tak memegang jawatan boss dan disandang oleh boss lain, everything is clear now. Though he is making harsh decision but he always wanted to hear your side of stories even sometimes he did not listen to you but sometimes he did. As a friend, he was a good one. As a manager, I think he is good to but as a technical person, no.. can't really go there.. 

Bile aku dah dapat boss baru, baru aku sedar apa yang di maksudkan oleh ex-boss aku dengan pressure from management. Management was really something.. they press you so hard that you think you can really die hopelessly. The new boss let you come to management meeting and see the heat. Fight alone with the management that he won't want to support you to save his own a**. It make me think, is this really what our ex-boss absorb for us. For me, it was too much to bear alone and thank God the team can support me. That makes me pitty him and slowly forgave him for all the bad things he did because he never really gave a chance for the management to get to us. We only need to care about our technical work and nothing more. Now we have our technical work and still need to worry about lots of paper work, documentation, meetings, training and etc. Everything need to be organize, manage by ourself. The new boss won't help. All this was done by my ex-boss without even bothering us from our daily work. Really.. I wonder how he can cope with all of this work.

Though people hate you, I guess in some way.. You really just let people to hate you more and continue to support them because you care. Thank you for all those years. Sorry for ever let you down.

 

 Tag : Long, aBG, farewell | 77 Views | Post Comments | Share with Friends | Recommend

Wednesday,Feb 20 2008, 12:54:43 AMPerson in life

Each and every person surrounding us every little time in this world somehow have an impact on how we lives our life and whom we have become. Soul/roh manusia ni suka meniru. Sekali-sekala bile aku tengok gelagat seseorang seperti cara dia meletakkan sound effect ke dalam penceritaan nya membuat aku terpikir.. dari mana la dia blajar bercerita macam tu. Sperti perkataan 'zass', 'kaboom'.. dan sebagainye di pick up dari TV, komik atau kengkawan yang dirasakan menarik dan secara tidak sedar di tiru dan di guna kan. Mungkin juga di ubah suai dari segi penyampaian agar mendatangkan lebih impact atau pun treadmark. Menarik kalau diperhatikan cara seseorang itu bercakap, ketawa dan berseloroh. Manusia tend to pick up things that interests them the most.

Selain dari segi impact seorang manusia lain kepada kita secara tak sedar dari segi kelakuan dan gerakan, manusia di sekeliling kita juga memberi impact kepada kita tentang cara kite berfikir dan berstrategi. Contohnye di sekolah dan di rumah. Kita belajar cara berfikir dan mengembangkan pemikiran kita dengan menyelesaikan masalah seharian. Oleh kerana itulah, terdapat satu pendapat mengatakan bahawa jika kita ingin mengubah persekitaran kita, kita perlu mengubah diri kita dahulu. Ini kerana apabile kite berubah, persikitaran kita juga akan menerima impact dari perubahan kita kerana kita seorang manusia. Menarik kan?

Aku ada baca satu artikel yang menceritakan satu senario dalam 10 minit dan bagaimana ia boleh memberi impact kepada satu hari yang berbeza hasil dari tingkah laku kite. Senario bermula dari anak menumpahkan secawan kopi tumpah di baju ayah tanpa sengaja. Nah .. di sini ayah terdapat 2 pilihan sama ada untuk marah atau bersabar. Mari kita lihat impact kedua-dua pilihan tadi.

Pertama: marah - Si ayah memarahi kerana anak cuai. Anak mula menangis dan ayah masuk kebilik menukar baju. Keluar dari bilik, anak masih lagi menangis dan sedang di pujuk ibu. Anak dan ayah kedua nya tidak sempat sarapan kerana kejadian itu. Oleh kerana di marahi dan menangis, maka si anak dan kedua ibu bapa nya tidak sedar bahawa si anak juga ketinggalan bas sekolah. Sedar-sedar sahaja, bas sekolah dah berlalu. Si ayah masih lagi marah tetapi perlu juga menghantar anak ke sekolah. Sampai di pejabat, ayahnya pulak kena marah ngan bos kerana lewat dan gagal menghadiri suatu mesyuarat penting untuk memperoleh satu project. Jauh di sudut hati, dia menyumpah-nyumpah dan ada sedikit di dalam hatinya menyalahkan si anak kerana incident pagi tadi. Hari nye tidak ceria dan pulang kerumah dalam keadaan tertekan dan sakit hati.

Kedua: Bersabar - Si ayah memaafkan anak dan menasihati agar lebih berhati-hati. Anak bersarapan dan menaiki bas ke sekolah. Ayah masuk bilik dan menukar baju. Ayah juga sempat menjamah roti dan minum air sebelum ke pejabat. Sampai di pejabat, beliau sampai ke bilik mesyuarat dan bejaya menandatangani satu perjanjian untuk satu projek. Harinye begitu ceria dan pulang ke rumah dengan gembira.

Kat sini kita lihat bahawa sebenarnya persekitaran itu di create oleh kite sendiri. Kalau kita memilih untuk bertindak secara positif maka persekitaran kita juga boleh berubah menjadi positive. Dalam story kat atas ni secara tak langsung, sikap ayah ini juga akan memberikan impact dalam kehidupan si anak. Si anak boleh membesar menjadi seorang yang pemarah atau menjadi seorang yang pemaaf. Oleh itu sekiranya kita berbuat sesuatu, kita perlu juga memikirkan impact terhadap perbuatan kita kepada masyarakat di sekeliling kita. Ambil yang positif, buang negetif. Kat sini aku nak amik kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang-orang yang telah berada di jalan aku dan memberikan aku impact yang positif lantas meletakkan aku di mana aku berada sekarang ni.. thanks a lot. The most important is.. Thanks Allah for letting me met those amazing people.

Monday,Feb 18 2008, 05:50:00 AMSaidina.. board game

Saidina.. aku ingat lagi permainan ni sangat popular satu ketika dulu.. rasa masih popular kut sekarang...

Adik aku baru ni beli board game ni, macam best plak main. Selama ni aku main ikut jer peraturan main turun temurun. Tapi entah kenapa, tengah duk tunggu adik aku buat something sebelum kitaorang start main game tu, aku tergerak nak baca aturan cara bermain permainan ni sebab nyer sepanjang main game ni tak pernahnyer ada ending. Mestila sampai lewat giler, pastu kitaorang decide nak stop main sendiri. Bile dah baca rules and regulation game ni, baru le aku paham naper kitaorang main dulu tak pernah nyer game pastu amik masa terlalu lama sehingga bosan dan berenti main.

Meh nak cerita cara game ni dimainkan.. terdapat 3 type of game, ikut kelapangan:

1. Bleh main dengan time game: Iaitu setkan berapa lama nak main pastu lepas tamat masa permainan, kira harta + duit. Sapa paling banyak, dia la pemenangnyer. Tapi cara ni tak best sangat.

2. Bleh main macam biasa tapi merujuk kepada board game ni sampai le semua orang bankrup kecuali sorang. Sebenar nya ada 2 type yang ni tapi ada jenis yang pantas dan jenis yang biasa. Aku pun tak paham sangat 2 jenis game ni. Tapi aku duk ikut peraturan dalam board game tu dan hasilnye takde la kitaorang stop sebab bosan tetapi stop sebab semua org dah bankrup..

Ok.. berbalik pada permainan tu, memula skali semua pemain yang ingin main game ni perlu baling dadu untuk lihat saper yang kena jalan dulu. Saper paling banyak, dia akan jalan dulu.

- Kalau dulu kita akan main satu round kosong dulu pastu baru bleh beli harta. Tapi sebenarnya bleh terus beli jer.

- Dulu setau aku, aku main la.. kalau nak beli tanah + rumah.. kena beli tanah dulu. Pastu kalau singgah tempat yang sama, kali kedua baru le bleh beli rumah pastu hotel. Tapi sebenarnye bleh jer terus beli umah. Cuma hotel jer tak bleh. Kena gak tunggu dah buat 4 bijik umah. Kalau dah ada 4 biji umah, lepas tu singgah skali lagi baru bleh beli hotel.

-Dulu setau aku, kita hanya bleh beli tanah yang kita singgah tapi rupanye kita bleh beli mane2 tanah dalam kelompok warna yang sama, yang kita singgah tu. Dan.. kalau kita tak mo beli, tanah yang kita duduk tu boleh dilelong oleh bank dan dijual pada pemain lain. Bermakna, pemain lain pun bleh beli.

-Kalau kita singgah umah kite sendiri, kita sebenarnya bleh beli tanah kelompok warna yang sama ngan kite tapi kalau kite tak mo beli, tanah itu tak bleh dilelong pada orang lain

-Pemain jugak bleh lelong rumah atau tanah kepada pemain lain untuk mendapat harga yang lebih baik dari tawaran bank.

- Paling penting, hutang adalah dilarang sama sekali. sesiapa yang tak mampu menjelaskan hutang akan di istihar bankrup.

Sepanjang aku lepak kat umah mak aku.. tak pernah nyer menang.. asik keje bankrup je.. tak pela.. aku akan usaha gak untuk next time.. kena main strategi ni..

Best jugak game ni rupanye.. tak le bosan sgt..