Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Sunday,Aug 31 2008, 05:05:21 AMAntara Ramadhan dan merdeka

Tahun ini agak istimewa berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya kerana bulan ramadhan dijangka jatuh pada 1 september iaitu sehari selepas sambutan kemerdekaan. Sambutan ramadhan padaku seharusnya tidak di abaikan dengan kemeriahan sambutan kemerdekaan. Entahla.. tengoknye anak-anak muda lebih ke arah sambutan kemerdekaan dan ramai yang lupa akan kemeriahan sambutan ramadhan. Surau masih lagi kosong. Harapan aku agar malam ni akan lebih meriah.

Dalam menyambut kedatangan ramadhan ini, aku nak mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf dari kengkawan atau sesiapa sahaja yang hidupnye aku pernah sentuh.. Kalau ada tersalah kata, tersilap bicara atau terkecik hati.. minta maaf le yek.

Bagi ex-company lama aku yang berada di pulau pinang.. kami sibuk buat perancangan untuk buat majlis berbuka puasa tapi tu la.. bile dah beremail tu, kerap sangat melencong ke lain discussionnyer.. hehehhe.. merapu tak abis-abis. Aku harap jadi le. Asik tengok muka budak umah ngan budak opis, busan gak jadinye. Reunion bukak puasa kali ni di organize oleh hafifi. Tuan organizer, kena tegas sket le.. bebudak ni kalau dilayan, memang tak jadi kerja.. hehehhe

Anyway, diorang buat celebration pasal dah lepas first phase of design work and moving on to ECO. Kena buat sekarang, else dah masuk ramadhan. Bos beli kek, junk food and stuff. Kitaorang lepak kat kafe selama lebih kurang sejam. Bos main ping pong ngan team mates. Time ni le nak balas dendam. Diorang pakat suh aim kat kepala bos, bukan kat meja.. hahaha.. kelakar and it was a lot of fun hangging with these guys. Funny and fun. We eat, jokes and laugh. It was not supported by company though. It was our own bos iniciative as he said that we work so hard day and nite, so this is a sign of gratitued. People has always been seaking for a great place to work. Well, you know what? I found it! :)

Wednesday,Aug 13 2008, 01:26:10 PMLady's Day Out

Last Monday, my company buat hari lady's day out. Seronok giler. Di mulakan dengan majlis makan tengahari di B-suite Bayan Lepas. Then kitaorang dengar talk dan sama-sama berbincang masalah yang di hadapi oleh wanita bekerja dan cara mengatasinye. Di sebuah company swasta macam company aku, rate wanita yang berkeluarga sangat la rendah memandang kan syarikat ini memerlukan komitmen yang tinggi. Majlis ini di anjurkan bertujuan untuk mengupas masalh sebagai seorang wanita bekerja. Ramai yang mencadangkan agar beban kerja di kurangkan kepada ibu-ibu yang mempunyai anak yang kecil. Ini logik kerana bayi memerlukan jagaan dari seorang ibu. Maka segala idea dikumpulkan untuk di bawa ke atas.

 

Selesai sahaja majlis tersebut, kami diberi peluang untuk memanjakan diri. Terdapat ruang-ruang manicure, pedicure.. lepas ada ruang make up professional bagi sesiapa yang nak pi amik gambar kat garden. Ada gak sesi urutan bagi sesapa yang berminat nak urut badan oleh pengurut professional. Macam aku, aku joint hias cup cake pasal boleh makan cup cake yang aku hias tu.. Mula le sessi gelakkan cup cake orang.. hias merapu giler.. hehehehe..

 

Then ada sessi buat key chain. aku buat huruf N pastu letak simbol love.. , lawa giler..pada aku la.. bleh buat souvinier sempena kenang-kenangan majlis ni. Then ada gak ruang creative lain seperti clay art, origami dan macam-macam la.. Bestla.. keje kat sini. Hari ni separuh hari bergembira. Walaupun dalam kesibukkan bekerja tapi kami di wajibkan join majlis-majlis camni. And guess what? it never ever effect our schedule. I guess, when people happy.. they are more efficient in work.

Other than that.. aku nak promote Skype.. pakai la Skype.. best betul..(tak de kaitan kan dgn isi journal.. tapi lantak la, nak pomote jugak.. hahahha)