Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Monday,Jun 8 2009, 12:35:03 PMBarangan Halal

Halal.. Umat Islam sering menyebut halal tetapi berapa ramai sebenarnya yang betul-betul mahukan diri mereka bersih dan hanya mengkehendaki pada yang halal? Aku selalu memperhatikan manusia dan sahabat yang sering berkunjung ke kedai makanan segera barat dan bile aku bertanya.. " Korang.. Halal ke kat sini? Apesal aku tengok tak de tanda halal Jakim pun?" Mereka pantas bersuara,.. halal kut.. ramai jer orang makan kat sini.. Kalau dalam situasi macam ni biasa nya sekarang ni aku akan try pujuk depan makan tempat lain n kalau majoriti nak jugak makan situ.. aku just beli dari tempat lain n makan skali ngan diorang kat situ. Nak buat camne kan.. Dan ada jugak kadang tu trdengar2 kecoh pasal tempat yang diorang makan hari tu, tidak halal. Maka diaorang pun kata.. "tak bleh dah makan kat situ.. aku dengar tak halal."  Kekadang aku sendiri tak paham konsep diorang ni.. adakah konsep mereka.. semua halal kecuali di "rumors "kan/dibuktikan tak halal? Bukan kah lebih selamat kalau pergi ke restoran yang dah disahkan halal? Kekadang tu buat andaian sendiri.. Kedai ni seafood.. halal punya.. mana korang tau? kutnye jual ketam batu, ikan belacak ker, katak goreng ker.. halal ker tu? Korang sedap jer makan ketam tu.. walhal ketam tu dua alam. Ni.. member Cina aku yang beritau.. dia pesan, tak semua kedai seafood tu halal pasal ketam ada 2 jenis.

Lepas tu, halal tu sendiri selalu dikaitkan dengan makanan. Macam mana pulak bahan yang secara tak langsung korang makan tanpa korang sedar? Nak contoh? ada.. ubat gigi, ubat kumur plaque, losen tangan, sabun basuh tangan dan sabun mandi..

Mungkin dan banyak orang sedar yang ubat gigi perlu halal, maka brand2 terkemuka di boikot kerana tiada tanda halal. Ini memaksa syarikat2 besar seperti colgate dan Darlee mengambil langkah untuk mensijilkan produk mereka kepada JAKIM. Syabas di ucapkan kepada rakyat malaysia yang sedar. Tapi ada satu lagi produk ubat gigi yang orang anggap baik untuk kesihatan dan tiada ganti nya iaitu sensodine. Tak de sape pun pernah mempertikaikan yang syarikat ini tak pernah nak kisah pasal pensijilan halal. Korang yakin ker menda ni halal? tak kira la jika ia satu-satunya produk untuk gigi sensitif tetapi korang nak korbankan halal? memang sunnguh tak bijak. Jadilah pengguna bijak dan marilah kita boikot diorang palak supaya diorang ni pi amik sijil halal. Nape nak takut kalau memang diorang halal. Kita bukan nye ape, cuma perlu pastikan apa yang masuk dalam badan kita ni halal.

Losen badan pun dah ada yang halal seperti jenama syura, even sesetengah brand luar seperti rosken pun dah ada tanda halal. Sabun mandi/tangan plak selain dari produk tempatan yang bersih, syarikat Shokubutsu telah mula mengaturkan langkah dengan menjadi antara rangkaian produk sabun halal di Malaysia.

Banyak je alternatif untuk memastikan kita sentiasa terpelihara. Cuma kita aja yang perlu bijak memilih. Nasihatku.. guna la produk yang halal kerana perut itu gedung penyakit.

Abu Hurairah RA related,” Allah's Messenger PBUH said: Verily Allah is pure and He accepts only what is pure and indeed Allah has given those orders to the believers, which he has given to the Messengers. He has said, “O Messenger, eat from the pure foods and work righteous”. He -also- has said: “O you who have believed, eat from the pure things which we have provided you.” Then (the Prophet PBUH) made mention of a man who undergoes a lengthy journey in a state that he is dishevelled and dusty. He spreads his hands towards the sky (calling), “O my lord, O my lord”, however his food is Haram, his drink is Haram, his clothes are Haram and he has been nourished with Haram! So how will his call be answered?” (Muslim)