Ain's Homepage
We R2 special 2B some1 else http://www.shoutmix.com/box/ainceria

Journals

Wednesday,Nov 11 2009, 04:47:12 AMCerita Nasihat

Lama benar rasanya aku asik cerita pasal kerja n kehidupan ku.. mesti korang bohsan kan? hahaha.. meh.. aku nak syer cerita motivation plak.. lama tak syer menda-menda ni.. baca la.. kalau korang dah penah baca pun.. buat re-fresh balik orang kata.. aku pun kekadang marah-marah gak.. sesuai untuk ingat kan diri sendir.. opismate aku kata.. aku ni garang.. hahaha.. sape suh kaco time aku bz.. :p


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalahkecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.



"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kitaini,bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memakusebanyak 37 batang paku pada tembok batutersebut.



Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukulpaku menembusitembok batu tersebut.



Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah,walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.



Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanyadengan bangganya.BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesanlubang-lubang di tembok batu tersebut,tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.


Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka,sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau danmembunuhnya.



Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesalatas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada.Suka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.



Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa danmenggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka dan duka dan sentiasa membukahatinya kepada kita.



Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hatimu....


 

Nice isn't it?

 

Sunday,Nov 8 2009, 11:03:08 AMFree like a bird

This week rasa macam panjang giler masanya. Aku rasa macam seminggu dah aku bercuti walaupun cuma dua hari. Mungkin sebab selama ni.. kalau time weekend, walaupun jasad ada kat umah.. kena bekerja jer.. bile project abis ni.. lega rasa. Walaupun kini terasa jugak kosong.. Missing some part of my life.. hahhaa.. Bile dalam keadaan camni.. barula aku pikir.. macam mana la aku boleh buang masa kat opis zaman2 dulu.. Sekarang ni.. kalau tak de kerja, mati kutu tension giler pasal tak tau nak buat per.. hehehe.. lagi menambahkan tension, jiran aku ni duk menyanyi karaoke.. bising nak mampus.. hampir setiap malam.. tak sakit ker tekak dia.. aku pun tak paham..

 


Bos yang hire n interview aku dulu, akan meninggalkan group aku tak lama lagi. Sedih gak pasal dia selalunya menceriakan bilik meeting setiap kali dia masuk. Kadang-kadang melontarkan idea yang kitaorang semua tak terpikir. Dia tinggalkan group aku pun pasal dapat promotion. Anyway, will still see him around just that not in our meeting room. He will be in the bosses project meeting as the leader there. So happy for him.



 Malam ni hujan, sejuk. Dah 2-3 hari penang ni hujan waktu malam..sejuk betul.. nasib ler opis flexible. Esok mesti ramai orang mai lewat. Selalu kalau hari isnin, pukul 9 pun masih ada parking kosong.. hehehe.. Biasala.. Monday blues.. aku pun sama la.. hahhaa.. tapi walaupun lewat .. semestinya b4 kul 9, aku dah ada kat opis walau aku dah penah mai kul 8 tepat :p

 

Anyway.. have a gud rest everyone. Tommorow we need to work. Have a happy day.. always :)