Bagai kerdipan lilin yang berkilau bercahaya, Menggantikan mentari terangi malam nan gelita Membakar diri pun membeikan cahaya, Membiar diri musnah terlebur Korban segalanya penuh rela, Biar dimamah arus usia Tidak pernah kenal derita, Bagai sungai kasih yang mengalir Tiada penghentiannya, tak bertebing Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar, Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan, Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata Cukup engkau rasa bahagia, Lihat anak-anakmu berjaya Kau penawar hati duka, Walau hatimu terluka Engkau ibu engkaulah bapa, Pabila ayah tiada Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu Wahai bonda