Gifts
You can be the first to send me a gift!
Send me a gift now!
Albums
-
Roslee & Nur Eiliyah
(55 photos)
-
Penang Trip
(92 photos)
-
Bonda's Bday 2006
(29 photos)
-
Aidilfitri 2005 (2)
(26 photos)
-
Aidilfitri 2005 (1)
(51 photos)
-
Hobbies
(7 photos)
-
Runway Cycling 2000
(16 photos)
-
Ryoden Soccer Team
(36 photos)
-
Bollywood Stars In Singapore
(36 photos)
Profile
Basic
Personal
- Interests:music, sports, computers, etc..
- Favorite music:70's & 80's rock, metal..eg: deep purple, dio, black sabbath, scorpions..etc
Contact
To get roslan's msn, yahoo, aim or icq directly, please upgrade your account to royal membership.Journals
Monday,May 22 2006, 02:25:04 PMIstimewanya 10hb Muharam
Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah
hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut
kita disunatkan berpuasa.
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah
satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan
Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka
bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia
tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana
pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada
buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa
setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat
Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.
Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan
Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan
10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh
tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
Perihal 7 Ayat
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan
sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan
sesuatu.
3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang
tidak patut
4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di
hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika
menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika
menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu
mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
14 perkara yang sunat
dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang
ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap
rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak
terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku
mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50
tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat
rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa
nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali
syahid dan diharamkannya daripada neraka
Monday,May 22 2006, 02:12:55 PMThe Letter 'K'..he..he..he!!
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam... kenapa?"
Ketam kata, ...
Read More...
Monday,May 22 2006, 01:45:46 PMWhat is 'SATAN' task
If you love Allah, READ THIS ON!!!!!!!
Satan called a worldwide convention of demons. ...
Read More...












